• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jamuan Raya Tokong: ‘Jawab Saja Dengan Tegas Tak Boleh’ – Ridhuan Tee

oleh Mynewshub
09/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Jamuan Raya Tokong: ‘Jawab Saja Dengan Tegas Tak Boleh’ – Ridhuan Tee
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah tampil mengkritik polemik penganjuran jamuan Hari Raya Aidilfitri oleh sebuah persatuan tokong di Pulau Pinang.

Beliau mempersoalkan tindakan pihak berwajib yang didakwa ‘berbelit-belit’ dalam memberi jawapan terhadap isu berkenaan yang sepatutnya diputuskan secara tegas.

Menurutnya, penganjuran jamuan di kawasan tokong menimbulkan keraguan dalam kalangan umat Islam meskipun penganjur mendakwa makanan disediakan adalah halal.

Katanya, konsep halal bukan sekadar ketiadaan unsur babi, tetapi turut melibatkan keseluruhan persekitaran dan aktiviti yang berlangsung.

“Bila persatuan tokong nak anjur jamuan raya, berbelit-belit jawapan. Kena jaga sensitiviti. Jawab saja lah dengan tegas, tak boleh. Lagipun asas perpaduan melalui bahasa dan pendidikan, bukan jamuan raya.

“Kalau hidup sudah terpisah-pisah sejak kecil, cakap Melayu tak reti, nak berpadu macam mana dengan jamuan raya setahun sekali,” dakwanya dalam satu hantaran di media sosial.

Terdahulu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang dilaporkan mengarahkan pembatalan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang dirancang oleh sebuah persatuan tokong di Pulau Pinang.

Arahan itu dikeluarkan selepas menerima aduan daripada pihak tertentu dengan alasan sambutan Aidilfitri merupakan aktiviti keagamaan Islam yang memerlukan kebenaran Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Penganjur menegaskan tujuan majlis untuk memupuk perpaduan, tetapi ia telah ditukar kepada majlis jamuan perpaduan yang akan dianjurkan oleh pertubuhan lain dengan penyelarasan di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Tags: jamuan rayaPulau PinangRidhuan Teetokong
Share209Tweet131SendShare

Related Posts

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

02/07/2026
0

BATU PAHAT – Dakwaan calon Pakatan Harapan (PH) DUN Senggarang, Onn Abu Bakar konon Pakatan Harapan (PH) mampu membawa pembangunan...

‘Rakyat Johor Bayar Cukai Juga’ – Ka Siong Gesa Projek E-ART Diberi Layanan Sama Seperti LRT Mutiara Line

‘Rakyat Johor Bayar Cukai Juga’ – Ka Siong Gesa Projek E-ART Diberi Layanan Sama Seperti LRT Mutiara Line

17/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mempersoalkan mengapa projek Elevated Autonomous Rapid Transit (E-ART) Johor tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd