• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Insentif RM3.5 Juta Sokong Pensijilan MSPO Peniaga Sawit – Noraini

oleh Mynewshub
11/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Insentif RM3.5 Juta Sokong Pensijilan MSPO Peniaga Sawit – Noraini
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad memaklumkan kerajaan memperkenalkan insentif berjumlah RM3.5 juta bagi membantu peniaga buah kelapa sawit mendapatkan pensijilan Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO)

Menurut beliau, inisiatif tersebut merupakan langkah proaktif kerajaan dalam membantu peniaga memenuhi keperluan pematuhan semasa, selain memperkukuh daya tahan rantaian bekalan industri sawit negara.

“Lebih 3,000 peniaga buah kelapa sawit yang layak di seluruh negara dijangka menerima manfaat daripada insentif ini, tertakluk kepada syarat dan kelayakan yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Permohonan bagi insentif berkenaan boleh dikemukakan kepada MSPO bermula 15 April 2026 melalui sistem e-MSPO.

Tambah beliau, pelaksanaan inisiatif itu selaras dengan usaha memperkukuh pelaksanaan menyeluruh MSPO 2.0, di samping menyokong agenda negara dalam memastikan industri sawit Malaysia terus berkembang secara mampan, bertanggungjawab dan berdaya tahan.

Kata beliau, kerajaan menjangkakan langkah tersebut mampu memperluas liputan pensijilan dalam kalangan peniaga buah kelapa sawit, sekali gus mengukuhkan keseluruhan ekosistem rantaian bekalan sawit negara.

Dalam masa sama, katanya, kerajaan akan terus mengambil pendekatan bertanggungjawab dan berfokus bagi memastikan industri sawit kekal stabil, berdaya saing serta diyakini pasaran domestik dan antarabangsa.

“Inisiatif ini mencerminkan usaha berterusan kerajaan dalam menjaga kebajikan rakyat serta memperkukuh keyakinan terhadap sektor sawit negara,” jelasnya lagi. – MYNEWSHUB

Tags: Datuk Seri Dr Noraini AhmadInsentifMalaysian Sustainable Palm OilMenteri Perladangan dan KomoditiMSPOpensijilan
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Biodiesel Dipertingkat Kurangkan Kebergantungan Diesel Import – Noraini

Biodiesel Dipertingkat Kurangkan Kebergantungan Diesel Import – Noraini

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju meningkatkan kadar adunan biodiesel bagi sektor pengangkutan daripada B10 kepada B15 secara beransur-ansur sebagai langkah...

Selangor Tawar Insentif RM3,000 Kepada Jemaah Haji

Selangor Tawar Insentif RM3,000 Kepada Jemaah Haji

17/05/2023
0

SHAH ALAM : Kerajaan negeri melalui Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) menawarkan Insentif Haji Muassasah 1444H/2023M kepada 3,000 jemaah kumpulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd