• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Ini Bukan Masa Untuk Berebut Kuasa Dan Menikam’ – PM Anwar

oleh Mynewshub
28/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
‘Ini Bukan Masa Untuk Berebut Kuasa Dan Menikam’ – PM Anwar
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kemelut politik di Negeri Sembilan memerlukan ruang untuk semua pihak berunding secara baik dan mengikut lunas undang-undang.

Menurut beliau, sebarang keputusan berkaitan pentadbiran negeri termasuk pelantikan Menteri Besar perlu mengambil kira sistem perundangan Negeri Sembilan yang melibatkan peranan empat Undang.

“Negeri Sembilan itu, apalagi pelantikan Menteri Besar. Itu bersama empat undang. Kalau kita ambil keputusan kita pelantikan itu dengan empat undang, pengunduran pun begitu juga.

“Jadi, dia tidak semudah yang dibayangkan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Bangunanan Baharu Kampus Universiti UCSI di ibu negara.

Anwar turut menegaskan bahawa keutamaan ketika ini adalah menjaga keharmonian negara, khususnya dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa.

“Sebab itu bagi saya, jaga keharmonian negara hadapi isu ekonomi, krisis ekonomi sekarang. Bukan masa untuk berebut (kuasa) dan menikam-menikam,” ujarnya.

Mengulas keputusan Barisan Nasional (BN) yang dilaporkan bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN), beliau berkata setakat ini kerajaan negeri masih berjalan seperti biasa selaras dengan titah pihak istana.

“Keputusan mereka setakat ini, dengan titah Tuanku saya dengar semalam, kerajaan negeri harus berjalan seperti biasa sehingga ada keperluan untuk membawa apa-apa perubahan.

“Setakat ini, saya telah minta Menteri Besar jalan seperti biasa dan proses undang-undang tidak menghalang,” katanya.

Tambah beliau, proses perundangan tetap dihormati dan tidak dihalang, sambil menegaskan kepentingan memelihara institusi diraja.

“Kita tidak menyentuh soal raja atau Undang, sebaliknya kita muliakan institusi tersebut,” katanya. – MYNEWSHUB

 

Tags: Berebut KuasaBukan MasaDatuk Seri Anwar IbrahimkemelutNegeri SembilanPerdana Menteripolitik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

28/04/2026
0

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun meneruskan tugas rasmi beliau walaupun berdepan dakwaan kehilangan sokongan majoriti...

Akmal Saleh Tolak Kerajaan ‘Tebuk Atap’, Saran Jadi Pembangkang Atau Bubar DUN

Akmal Saleh Tolak Kerajaan ‘Tebuk Atap’, Saran Jadi Pembangkang Atau Bubar DUN

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menentang pembentukan kerajaan "tebuk atap' di Negeri Sembilan. Menurut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd