• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

HASiL Cipta Sejarah Kutipan Tertinggi RM203.991 Bilion

oleh Mynewshub
24/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
HASiL Cipta Sejarah Kutipan Tertinggi RM203.991 Bilion
Share on FacebookShare on Twitter

CYBERJAYA — Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) mencatat sejarah baharu apabila kutipan cukai langsung negara mencecah RM203.991 bilion bagi tahun 2025, sekali gus menjadi rekod tertinggi sejak agensi itu diperbadankan pada 1996.

Pencapaian tersebut turut menandakan kali pertama kutipan melepasi paras RM200 bilion dalam tempoh tiga dekad penubuhannya, yang diraikan sempena Sambutan Hari HASiL ke-30 di Menara Hasil, Cyberjaya.

Menurut HASiL, kejayaan itu mencerminkan usaha berterusan dalam memodenkan sistem percukaian, memperkukuh pendigitalan serta meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

“Kekuatan kutipan cukai ini membolehkan kerajaan memperuntukkan tambahan RM11.4 bilion bagi menyelesaikan bayaran balik cukai tertunggak syarikat secara lebih sistematik dan telus,” menurut kenyataan itu.

HASiL turut menegaskan komitmen untuk terus memperkukuh kesiapsiagaan serta inovasi dalam mendepani cabaran ekonomi global termasuk perkembangan ekonomi digital dan kecerdasan buatan (AI), bagi memastikan sistem percukaian negara kekal mampan.

Majlis perasmian sambutan itu disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar serta Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong.

Dalam majlis sama, lima warga kerja HASiL menerima Anugerah Perdana HASiL 2025 sebagai pengiktirafan terhadap kecemerlangan profesionalisme, integriti dan nilai versatil.

Selain itu, sepuluh syarikat korporat turut menerima Anugerah Pembayar Cukai Terbaik Tahun 2025 antaranya HSBC Bank Malaysia Berhad, Cagamas MBS Berhad, TM Technology Services Sdn. Bhd., Perodua Engine Manufacturing Sdn. Bhd. dan Celcom Networks Sdn. Bhd.

Sambutan Hari HASiL ke-30 ini mencerminkan komitmen berterusan agensi itu dalam memperkukuh sistem percukaian yang cekap dan berdaya saing, berteraskan inovasi, integriti serta pendigitalan demi menyokong kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat. – MYNEWSHUB

 

Tags: Kutipan TertinggiLembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL)RM203.991 bilionSambutan Hari HASiL ke-30
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tanpa Sijil Pematuhan Cukai (TCC), Perniagaan Anda Mungkin Terjejas – Fahami Kepentingannya Sekarang!

Tanpa Sijil Pematuhan Cukai (TCC), Perniagaan Anda Mungkin Terjejas – Fahami Kepentingannya Sekarang!

04/08/2025
0

Kerajaan Malaysia terus memperkukuh tadbir urus kewangan negara menerusi sistem percukaian yang lebih adil, telus dan mampan. Selari dengan komitmen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd