• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tanpa Sijil Pematuhan Cukai (TCC), Perniagaan Anda Mungkin Terjejas – Fahami Kepentingannya Sekarang!

oleh Mohd Arshad
04/08/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Tanpa Sijil Pematuhan Cukai (TCC), Perniagaan Anda Mungkin Terjejas – Fahami Kepentingannya Sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Kerajaan Malaysia terus memperkukuh tadbir urus kewangan negara menerusi sistem percukaian yang lebih adil, telus dan mampan. Selari dengan komitmen ini, satu langkah penting diumumkan dalam Ucapan Belanjawan 2022 oleh YB Menteri Kewangan iaitu inisiatif kemampanan hasil negara yang selaras dengan amalan antarabangsa.

Pendekatan ini menekankan keadilan dalam layanan cukai kepada semua pihak, tanpa mengira saiz atau jenis entiti perniagaan. Salah satu langkah utama ke arah merealisasikan hasrat tersebut ialah pelaksanaan Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) yang kini menjadi dokumen wajib bagi mana- mana permohonan perolehan kerajaan bermula tahun 2023.

 

TCC – Bukti Anda Pembayar Cukai Berintegriti

Tahukah anda bahawa ada satu sijil khas yang menjadi simbol kepatuhan penuh terhadap undang-undang cukai di Malaysia?

Inilah yang dinamakan TCC— satu dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) kepada pembayar cukai, sama ada individu atau entiti perniagaan.

TCC bukan sekadar kertas, tetapi pengiktirafan bahawa anda atau perniagaan anda adalah pembayar cukai yang bertanggungjawab dan berintegriti.

 Untuk melayakkan diri menerima TCC, pembayar cukai perlu:

·       mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) dengan tepat dalam tempoh yang ditetapkan;

·       membuat pembayaran cukai tepat pada masanya atau mematuhi jadual ansuran yang telah dipersetujui bersama dengan HASiL.

Ringkasnya, TCC ialah lambang kepercayaan dan bukti bahawa anda berada di landasan yang betul dalam pematuhan cukai.

Nak jadi antara yang memiliki TCC dengan status ‘Patuh’? Pastikan anda mematuhi tanggungjawab cukai!

 

TCC: ‘Tiket Masuk’ Wajib Ke Dunia Perolehan Kerajaan

Sejak Kerajaan Malaysia mewajibkan TCC sebagai dokumen prasyarat dalam proses perolehan kerajaan, landskap pematuhan cukai dalam kalangan syarikat dan pembekal tempatan berubah secara drastik ke arah yang lebih baik.

Langkah ini bukan sahaja menjadi alat kawalan efektif terhadap pematuhan cukai, malah turut membawa impak positif yang signifikan antaranya:

·      membentuk disiplin cukai – Syarikat dan pembekal kini lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan kewajipan cukai masing-masing;

·      memperluas asas percukaian negara – Lebih ramai pemain industri tampil secara sah dan telus dalam sistem percukaian;

·      mewujudkan persaingan adil – Semua pembekal kini bersaing atas padang yang sama rata, memberi kelebihan kepada mereka yang sentiasa patuh undang-undang.

Dengan kata lain, TCC bukan sekadar syarat, malahan ia menjadi simbol integriti dan komitmen terhadap tadbir urus cukai yang baik.

 

Semakan TCC Kini Lebih Mudah di Portal MyTax!

Dalam usaha memperkukuh ketelusan dan memudahkan akses, HASiL kini menyediakan kemudahan semakan TCC secara dalam talian menerusi Portal MyTax.

Terdapat dua kategori utama bagi semakan TCC ini:

1.   Individu (Termasuk Perniagaan Milikan Tunggal)

Jika anda pemilik perniagaan milikan tunggal, TCC akan dikeluarkan atas nama pemilik. Semakan boleh terus dibuat melalui menu Status MyTax menggunakan ID pembayar cukai yang berdaftar.

 

2.   Selain Individu (Syarikat, PLT, Koperasi dan Lain-lain)

Bagi entiti seperti syarikat, perkongsian liabiliti terhad (PLT), koperasi, pertubuhan dan lain-lain, TCC akan dikeluarkan atas nama entiti tersebut. Namun begitu, semakan hanya boleh dilakukan oleh individu yang berdaftar sebagai Pengarah Syarikat di Portal MyTax.

Belum ada peranan sebagai Pengarah? Jangan risau — anda hanya perlu buat permohonan melalui Profil MyTax dengan memuat naik dokumen sokongan yang berkaitan mengikut kategori.

 

TCC Dikeluarkan Secara Automatik – Tiada Permohonan Manual!

Berita baik buat para pembayar cukai! Anda tidak perlu membuat permohonan secara manual untuk mendapatkan TCC kerana ia dikeluarkan secara automatik kepada pembayar cukai yang memenuhi syarat pematuhan.

Nak tahu sama ada anda layak terima TCC? Semakan boleh dibuat dengan mudah melalui Portal MyTax.

Untuk menerima status ‘Patuh’, pastikan anda memenuhi dua kriteria utama berikut:

1.  Pengemukaan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP)

Pastikan BNCP dikemukakan setiap tahun mengikut tempoh yang ditetapkan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.

2.  Bayaran Cukai

Tiada tunggakan cukai atau jika ada, anda telah mematuhi pelan bayaran ansuran yang diluluskan oleh pihak HASiL.

Jadi, pastikan anda sentiasa patuh dan kemas kini status cukai anda – supaya TCC anda berjalan lancar tanpa sebarang kerumitan!

 

TCC ‘Tidak Patuh’? Ini Tindakan Segera Yang Perlu Anda Lakukan!

Sekiranya TCC anda berstatus ‘Tidak Patuh’ akibat kegagalan mematuhi kriteria pematuhan cukai yang ditetapkan, jangan panik. Ada langkah mudah yang boleh anda ambil untuk menyelesaikannya.

Berikut adalah tindakan pembetulan yang perlu dilakukan berdasarkan kesalahan yang dipaparkan di TCC anda:

Kesalahan: Gagal mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP)

Pembetulan: Laporkan pendapatan anda melalui e-Filing di Portal MyTax

Kesalahan: Mempunyai tunggakan cukai pendapatan

Pembetulan: Selesaikan bayaran tertunggak melalui aplikasi ByrHASiL di Portal MyTax atau mohon aturan bayaran ansuran dengan pihak HASiL

Selepas semua pembetulan dibuat, jangan lupa untuk maklumkan kepada HASiL. Hantarkan e-mel ke [email protected] beserta dokumen sokongan bagi memastikan status TCC anda dikemas kini secepat mungkin.

 

Jangan Terlepas Pandang Tempoh Sah Laku TCC!

TCC yang dikeluarkan hanya sah mengikut tahun kalendar semasa. Contohnya, TCC bagi tahun 2025 hanya akan sah sehingga 31 Disember 2025. Oleh itu, pembekal dan kontraktor yang ingin menyertai tender atau kontrak kerajaan perlu memastikan TCC yang dikemukakan masih dalam tempoh sah laku ketika proses penilaian dijalankan.

Kecil Di Mata, Besar Impaknya

Sijil Pematuhan Cukai (TCC) mungkin nampak remeh, tapi implikasinya besar. Ia bukti bahawa anda pembayar cukai yang bertanggungjawab dan berintegriti. Dengan TCC, ekosistem perniagaan jadi lebih telus, urusan perolehan lebih diyakini dan hasil negara terus diperkasa.

Layari https://mytax.hasil.gov.my untuk semakan TCC anda hari ini. Bertindak segera demi kelangsungan dan kelancaran urusan cukai dan perniagaan anda!

Tags: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL)Sijil Pematuhan Cukai (SPC)
Share203Tweet127SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd