• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harus Terima Kenyataan Bahawa Keadaan Tidak Seperti Biasa – PM

oleh Mynewshub
01/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Harus Terima Kenyataan Bahawa Keadaan Tidak Seperti Biasa – PM
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ramai pemimpin negara dunia berpendapat konflik di Asia Barat akan menjadi lebih parah dan mengambil masa yang panjang sebelum dapat dipulihkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antaranya Presiden Iran, pimpinan negara Teluk, Arab Saudi, Turkiye, Mesir dan Presiden Indonesia.

Kata beliau, kesan daripada konflik itu malah telah pun menjalar ke negara-negara serantau dan tempiasnya juga sudah melanda ke Malaysia.

“Semuanya menyatakan bahawa keadaan akan lebih parah sebelum dapat dipulihkan dan tentunya akan mengambil masa yang jauh lebih panjang.

“Bila perkara ini berlaku dia tentunya jejaskan rantaian bekalan global khususnya tenaga dari Malaysia tidak terkecuali,” katanya dalam satu taklimat khas hari ini.

Anwar berkata, Malaysia namun harus bersyukur kerana negara memasuki fasa tersebut dalam keadaan ekonomi yang relatif lebih stabil dan dapat mempertahankan subsidi RON95.

“Itu mengejutkan kerana kalau lihat kos dan harga minyak dengan orang terpaksa beratur ada catuan di negara-negara rantau itu tentunya merimaskan,” katanya.

Justeru, beliau berharap semua pihak menerima kenyataan bahawa keadaan tidak seperti biasa dan kalau keadaan mencemaskan, maka Malaysia juga mesti bertindak sesuai dengan tuntutan masa dan perancangan.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan golongan kaya dan berkedudukan tinggi jangan alpa menunjukkan keprihatinan dalam membantu rakyat.

Sementara itu, Anwar memaklumkan kerajaan telah menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi Negara dengan penglibatan tokoh-tokoh berwibawa bagi membantu menangani cabaran ekonomi semasa.

Menurut beliau, langkah awal turut diambil termasuk mengawal sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini dengan pendekatan lebih sederhana serta penjimatan perbelanjaan kerajaan.

Sehubungan itu, beliau merakamkan penghargaan kepada rakyat yang memahami keadaan semasa dengan tidak berbelanja secara berlebihan.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memaklumkan Mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju melaksanakan dasar bekerja dari rumah melibatkan kementerian, agensi, badan berkanun serta syarikat berkaitan kerajaan bermula 15 April 2026.

Jelas beliau, langkah itu bagi mengurangkan penggunaan bahan api dan memastikan kemampanan bekalan tenaga.

Katanya, usaha memperkukuh jaminan bekalan tenaga negara terus dipergiat termasuk mempelbagaikan sumber import minyak dan gas. – MYNEWSHUB

 

Tags: BerlarutanDatuk Seri Anwar IbrahimKesanKonflik Asia BaratPerdana Menteri
Share203Tweet127SendShare

Related Posts

PMX Anwar Terima Panggilan Telefon Sheikh Al-Azhar Al-Sharif

PMX Anwar Terima Panggilan Telefon Sheikh Al-Azhar Al-Sharif

22/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima panggilan telefon daripada Sheikh al-Azhar al-Sharif, Prof. Dr. Ahmad al-Tayyeb...

Kenyataan PMX Anwar Mengenai Taiwan Cetus Kebimbangan Serius – Takiyuddin

Kenyataan PMX Anwar Mengenai Taiwan Cetus Kebimbangan Serius – Takiyuddin

22/08/2026
0

KUALAU LUMPUR - Kenyataan Perdana Menteri dalam temu bual terbarunya dengan Al Jazeera berkait isu melibatkan China dan Taiwan terutama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd