• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga RON95 Rendah Perlu Dinilai Secara Berhemah Demi kelangsungan Jangka Panjang – PMX

oleh Mynewshub
27/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Harga RON95 Rendah Perlu Dinilai Secara Berhemah Demi kelangsungan Jangka Panjang – PMX
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan pada masa ini masih berupaya mengekang kenaikan harga bahan api domestik dengan RON95 kekal antara yang terendah di dunia.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu namun harus diakui menuntut komitmen fiskal yang besar.

Menurut beliau, komitmen fiskal yang besar tersebut perlu dinilai secara berhemah demi kelangsungan jangka sederhana dan panjang.

“Sehubungan itu, perkembangan semasa menuntut kita untuk memperkukuh keupayaan meramal dan mendepani risiko.

“Sama ada dalam jangka pendek mahupun sederhana dengan pengurusan ekonomi yang lebih strategik dan berfokus sebagai teras utama dasar negara,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Terdahulu, Anwar memaklumkan beliau menghadiri Forum Ilmuwan Malaysia Madani Siri 11 bertemakan Kesatuan Ummah dalam Menghadapi Krisis Geopolitik malam tadi.

Beliau dalam ucapannya menegaskan, meskipun sebahagian tekanan ekonomi berada di luar kawalan, kerajaan harus kekal tangkas, responsif dan berpandangan jauh.

Menurut beliau, pendekatan itu diperlukan dalam mengurus risiko jangka pendek di samping merencana hala tuju yang mampan untuk jangka panjang.

“Cabaran ekonomi global yang semakin meruncing, diperburuk oleh ketegangan geopolitik menuntut Malaysia untuk menilai semula keutamaan ekonomi negara dalam suasana ketidakpastian yang kian mencabar,” katanya.

Sementara itu, katanya, dalam dunia yang semakin bergelora dengan krisis geopolitik, perpaduan umat Islam bukan lagi sekadar pilihan, tetapi satu keperluan yang mendesak.

“Kekuatan kita terletak pada kesatuan yang berteraskan prinsip, berpaksikan keadilan dan nilai kemanusiaan sejagat.

“Setiap langkah dan dasar yang diambil harus menjurus kepada matlamat yang jelas menentang segala bentuk penindasan serta mempertahankan hak mereka yang dizalimi khususnya saudara-saudara kita di Palestin,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Anwar Ibrahim

Tags: Antara Terendah Di DuniaberhemahDatuk Seri Anwar IbrahimfiskalPenilaianPerdana MenteriRON96
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Kerajaan Tiada Data Lengkap Pelarian, Isu Ditangani Secara Berhemah – KDN

Kerajaan Tiada Data Lengkap Pelarian, Isu Ditangani Secara Berhemah – KDN

11/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan Madani berpendirian isu pelarian perlu diuruskan secara berhemah, berasaskan fakta serta mengambil kira pertimbangan keselamatan dan...

J-KOM Saf Hadapan Pertahan PMX, Kerajaan Madani – Syam Ghaz

J-KOM Saf Hadapan Pertahan PMX, Kerajaan Madani – Syam Ghaz

11/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) perlu menjadi barisan hadapan mempertahankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd