• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Golongan Muda Diseru Sertai UMNO, Pendaftaran Keahlian Kini Secara ‘Online’

oleh Mynewshub
20/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Golongan Muda Diseru Sertai UMNO, Pendaftaran Keahlian Kini Secara ‘Online’
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengajak lebih ramai rakyat Malaysia khususnya golongan muda untuk menyertai UMNO.

Menurut beliau, pendaftaran keahlian UMNO kini lebih mudah dan pantas kerana boleh dibuat secara ‘online’ (dalam talian)

“Prosesnya kini lebih mudah dan pantas. Saya mengajak lebih ramai khususnya anak muda untuk bersama UMNO.

“Meneruskan legasi bangsa dan membina semula kekuatan parti ini menuju kegemilangan. ‘We want you’

“UMNO adalah milik kita semua. Marilah bersama-sama ke Rumah Bangsa. Dulu, Kini Dan Selamanya,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, pendigitalan keahlian UMNO membuka lembaran baharu kepada parti dalam mendekati generasi muda serta memudahkan penyertaan rakyat tanpa kekangan birokrasi yang rumit.

“Dulu nak jadi ahli UMNO macam-macam cabaran, kena hantar borang secara fizikal dan belum tentu lagi diluluskan oleh cawangan ataupun bahagian.

“Kini jauh lebih mudah, hanya di hujung jari sahaja untuk jadi ahli UMNO. Jadi apa lagi, jom!. Jom jadi orang UMNO,” katanya.

Menurutnya, jika seseorang mahu melakukan perubahan, mereka perlu berani masuk dan melakukannya dari dalam. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Zahid Hamidi

Tags: dalam talianDatuk Seri Ahmad Zahid Hamidigolongan mudaKeahlianonlinependaftaranPresiden UMNOUMNO
Share202Tweet127SendShare

Related Posts

Bersatu Serang UMNO Dan PAS, Tak Serang DAP – Annuar

Bersatu Serang UMNO Dan PAS, Tak Serang DAP – Annuar

29/07/2026
0

SEREMBAN - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa melahirkan rasa hairan dengan parti Bersatu. Menurut beliau, Bersatu menjadikan...

“Sudah Sampai Masa Pemprosesan Pekerja Asing Ditambah Dan Dipermudahkan” – DAP

“Sudah Sampai Masa Pemprosesan Pekerja Asing Ditambah Dan Dipermudahkan” – DAP

24/07/2026
0

KUALA LUMPUR – DAP mengemukakan syor kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menambah dan mempermudahkan pemprosesan pekerja asing...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd