• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Elok Teresa Kok Cadangkan Ladang Babi di Parlimen Seputeh – Mohamed Sukri

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Elok Teresa Kok Cadangkan Ladang Babi di Parlimen Seputeh – Mohamed Sukri
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Jika Teresa Kok benar-benar teruja dengan ladang babi moden, elok cadangkan di Parlimen Seputeh”

Demikian sindiran Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar terhadap Ahli Parlimen DAP tersebut.

Terdahulu, beliau dalam satu hantaran di media sosial mempersoalkan sama ada Teresa Kok sukar memahami Bahasa Melayu.

“Teresa Kok susah ke faham Bahasa Melayu? Kenyataan saya dan YB Dato’ Dr Halim Tamuri (Pesuruhjaya PAS Selangor) adalah selari.

“Kami tidak pertikai hak bukan Islam. Kami pertikai cadangan menghidupkan semula ladang babi di Selangor.

“Selepas Sultan Selangor sendiri menzahirkan pendirian tidak berkenan mana-mana kawasan dijadikan tempat penternakan babi.

“Apabila titah Tuanku sudah jelas, polemik ini sepatutnya tamat,” katanya.

Mohamed Sukri turut meminta DAP tidak berselindung di sebalik istilah ‘moden’, ‘tertutup’, ‘zero discharge’ atau ‘biogas’ untuk menghidupkan semula cadangan penternakan babi.

Menurut beliau, cadangan di Bukit Tagar bukan perkara kecil kerana kawasan itu berhampiran loji rawatan air dan majoriti penduduk Islam.

Ujar beliau, dalam negeri yang berulang kali diuji isu air, pencemaran dan kegagalan urus banjir, cadangan seperti itu bukan penyelesaian sebaliknya provokasi dasar.

“Pulau Pinang juga sudah ada model penternakan moden. Jangan ganggu Selangor. Jangan paksa rakyat Selangor menanggung polemik yang tidak perlu.

“Selangor ada masalah lebih besar: banjir, kos sara hidup, peluang kerja, penjaja tertekan dan rakyat rugi jutaan ringgit akibat kelemahan pentadbiran.

“Hormati titah Tuanku. Hormati sensitiviti rakyat. Jangan jadikan Selangor tapak uji kaji politik DAP,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Mohamed Sukri Omar

Tags: Ahli Parlimen SeputehDAPKetua Pemuda PAS Selangorladang babiMohamed Sukri OmarTerese Kok
Share207Tweet129SendShare

Related Posts

DAP Saman Kerajaan Melaka Isu Tujuh ADUN Lantikan

DAP Saman Kerajaan Melaka Isu Tujuh ADUN Lantikan

12/10/2026
0

MELAKA - DAP mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Melaka bagi mencabar kesahihan pindaan perlembagaan negeri yang membolehkan pelantikan sehingga tujuh...

Jika Kami Menang, Car Free Zone 24 Jam Akan Dikaji Semula – DAP

Jika Kami Menang, Car Free Zone 24 Jam Akan Dikaji Semula – DAP

03/10/2026
0

MELAKA - Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong memberi jaminan dasar kawasan bebas kenderaan atau Car Free Zone (CFZ) di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd