• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Terus Sokong Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

oleh Mynewshub
30/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
UMNO Terus Sokong Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Biro Politik UMNO yang berlangsung malam tadi menghormati Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan yang kekal hilang kepercayaan kepada Menteri Besar.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, UMNO Pusat namun terus menyokong Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan bagi memastikan kestabilan dan kesejahteraan rakyat terpelihara.

“Satu pertemuan segera antara Biro Politik UMNO dan Biro Politik Pakatan Harapan harus diadakan segera bagi merungkai beberapa isu yang melibatkan prinsip-prinsip perjuangan parti masing-masing.

“Ini seiring dengan Klausa 5(c) Perjanjian Persefahaman dalam membentuk Kerajaan Perpaduan yang menuntut segala isu dasar yang diperselisihkan diselesaikan dalam Majlis Perundingan,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Asyraf Wajdi berkata, UMNO sentiasa berpegang teguh kepada asas Perlembagaan UMNO menurut Fasal 3.1 yang sentiasa mempertahankan Institusi Raja-Raja Melayu sebagai tonggak kedaulatan negara.

Menurut beliau, UMNO Malaysia memandang serius perkembangan mutakhir yang melibatkan krisis Institusi Raja dan Adat Negeri Sembilan hingga mencetuskan polemik besar dan salah faham serius dalam kalangan anggota komponen parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan.

“UMNO Malaysia juga telah mendengar penjelasan tuntas daripada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan mengenai tindakan ADUN BN yang hilang kepercayaan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan kerana sikap beliau membelakangkan Institusi Adat dan Undang-Undang Tubuh Negeri Sembilan,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: kerajaan perpaduanMesyuarat Biro Politik UMNONegeri SembilansokongUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Minoriti Negeri Sembilan Diteruskan Demi Rakyat – MB Aminuddin

Kerajaan Minoriti Negeri Sembilan Diteruskan Demi Rakyat – MB Aminuddin

29/04/2026
0

SEREMBAN - Kerajaan minoriti Negeri Sembilan diteruskan sehingga satu keputusan lain dibuat oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz...

UMNO Negeri Sembilan Gesa Adakan Sidang DUN Khas Segera

UMNO Negeri Sembilan Gesa Adakan Sidang DUN Khas Segera

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO Negeri Sembilan menggesa Sidang Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri diadakan segera bagi menangani krisis politik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd