• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekalan RON95, Diesel Terganggu Di Beberapa Negeri – Caltex Mohon Maaf

oleh Mynewshub
18/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Bekalan RON95, Diesel Terganggu Di Beberapa Negeri – Caltex Mohon Maaf
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Beberapa stesen minyak Caltex di lima negeri dijangka mengalami gangguan sementara bekalan bahan api bermula 17 April 2026.

Menerusi satu kenyataan rasmi, Caltex Malaysia memaklumkan gangguan tersebut melibatkan bekalan RON95 dan diesel di negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak serta Kelantan.

Menurut kenyataan itu, situasi berkenaan berpunca daripada kelewatan yang tidak dijangka di pelabuhan, sekali gus menjejaskan jadual penghantaran bahan api ke stesen-stesen terlibat.

“Beberapa stesen servis kami akan mengalami gangguan sementara bekalan RON95 dan diesel untuk beberapa hari bermula 17 April 2026,” menurut kenyataan tersebut.

Caltex turut menjelaskan pihaknya kini sedang mengambil langkah segera bagi mempercepatkan proses penghantaran dan meminimumkan kesan gangguan kepada pengguna.

Dalam masa sama, syarikat itu memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami pelanggan susulan isu berkenaan.

“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan dan menghargai kesabaran serta pemahaman berterusan anda,” katanya.

Gangguan ini dijangka memberi kesan kepada pengguna di kawasan utara Semenanjung, khususnya menjelang musim pergerakan yang lebih sibuk, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap kelancaran bekalan bahan api dalam tempoh terdekat.

Tags: Diesel
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Diesel, Petrol Tanpa Subsidi Hingga 22 April Diturunkan

Harga Diesel, Petrol Tanpa Subsidi Hingga 22 April Diturunkan

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan mengumumkan penurunan harga runcit diesel dan petrol tanpa subsidi bagi Semenanjung Malaysia berkuat kuasa 16...

Sebar Berita Palsu Kerajaan Hantar Diesel Ke Filipina Dosa Jariah

Sebar Berita Palsu Kerajaan Hantar Diesel Ke Filipina Dosa Jariah

12/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perbuatan menyebarkan berita palsu kerajaan menghantar 329,000 tong diesel ke Filipina walaupun dengan meletakkan tanda soal adalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd