• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Kurnia SMIJ Kepada Che Puan Mahkota Khaleeda Johor, Tunku Panglima Johor PJP

oleh Mohd Arshad
09/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Agong Kurnia SMIJ Kepada Che Puan Mahkota Khaleeda Johor, Tunku Panglima Johor PJP
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU, 9 April (Bernama) — Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Pertama Dato’ Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor (SMIJ) kepada Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor.

Menurut hantaran di laman Facebook rasmi Seri Paduka Baginda, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim pula dikurniakan dengan Pingat Jasa dan Lama Dalam Pekerjaan (PJP) sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda.

Pengurniaan darjah dan pingat itu disempurnakan oleh Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail pada Majlis Doa Kesyukuran, Majlis Terimaan, Majlis Menghadap Takzim dan Majlis Darjah dan Pingat di Istana Besar, di sini.

Sementara itu, Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Yang Kedua, Dato’ Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) yang membawa gelaran datuk, diberikan kepada Penasihat Undang-Undang Negeri Johor Datuk Abd Aziz Engan, Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman CP Datuk Ibrahim Darus, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman CP Datuk M Kumar dan Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arshad.

Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Ketiga Setia Mulia Sultan Ibrahim Johor (SIJ) kepada Naib Pegawai Memerintah Askar Timbalan Setia Negeri Johor (ATSNJ) Mejar Ahmad Hamdan Libar dan juriring ATSNJ Pemangku Sultan Johor, Mejar Asrulfaizad Selamat.

Seramai 100 penerima dikurniakan Pingat Lama dan Baik Dalam Perkhidmatan (PLP), 77 penerima PJP, 157 penerima Pingat Sultan Ibrahim Pangkat Kedua dan 39 bagi Pingat Sultan Ibrahim Pangkat Ketiga. –BERNAMA

Tags: Bangsa JohorTMJ
Share211Tweet132SendShare

Related Posts

Selepas ‘Bangsa Johor’, Giliran ‘Waghih Nismilan’ Galas Misi Besar

Selepas ‘Bangsa Johor’, Giliran ‘Waghih Nismilan’ Galas Misi Besar

18/07/2026
0

PILIHAN Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan akan menjadi pentas yang lebih mencabar dalam mengukur denyut nadi serta persepsi rakyat terhadap...

Tak Salah Penyokong PN Mengundi BN, Malaysia Negara Demokrasi

Tak Salah Penyokong PN Mengundi BN, Malaysia Negara Demokrasi

13/07/2026
0

PAKATAN Harapan (PH) membawa naratif kemenangan besar Barisan Nasional (BN) Johor kerana penyokong Perikatan Nasional (PN) khususnya PAS beralih menyokong...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd