• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5,775 Daftar Ahli UMNO Secara ‘Online’ Dalam Tempoh 2 Hari

oleh Mynewshub
22/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
5,775 Daftar Ahli UMNO Secara ‘Online’ Dalam Tempoh 2 Hari
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 5,775 ahli baharu telah mendaftar secara dalam talian (online) dan menjadi sebahagian daripada keluarga besar UMNO setakat semalam.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, jumlah pendaftaran tersebut hanya dalam tempoh dua hari sejak ia dibuka secara dalam talian.

“Alhamdulillah, sepanjang dua hari pelaksanaan pendaftaran keahlian UMNO secara atas talian, seramai 5,775 ahli baharu telah berjaya mendaftar dan menjadi sebahagian daripada keluarga besar UMNO.

“Tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada semua yang telah mengambil langkah bersama dalam perjuangan ini,” katanya dalam satu hantaran di media sosial malam tadi.

Asyraf Wajdi memaklumkan, semua ahli baharu UMNO terbabit boleh mendapatkan kad keahlian secara percuma di Ibu Pejabat UMNO di WTC Kuala Lumpur bermula 1 hingga 5 Mei sempena sambutan ulang tahun UMNO ke-80.

Menurut beliau, turut disediakan pilihan kad dengan kemudahan Touch ‘n Go dengan bayaran minimum

“Buat semua yang telah berjaya mendaftar ahli UMNO secara online di laman sesawang https://myumno.org/ saya ucapkan terima kasih dan tahniah.

“Jom semua, pendaftaran kini lebih mudah dan pantas. Ayuh sertai UMNO, parti keramat Melayu ini demi perjuangan agama, bangsa dan tanah air,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial
DR ASYRAF WAJDI DUSUKI

Tags: Ahli UMNOdalam talianDatuk Dr Asyraf Wajdi DusukionlinependaftaranSetiausaha Agung UMNO
Share204Tweet127SendShare

Related Posts

21,858 Bekas Ahli Dan Ahli Baharu Sertai UMNO

21,858 Bekas Ahli Dan Ahli Baharu Sertai UMNO

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – UMNO merekodkan kemasukan seramai 21,858 ahli baharu serta bekas ahli yang kembali menyertai parti itu dalam tempoh...

“Ajaib Bila Tiba Semua Dah Selesai, Takkan Kena Pengerusi Mara Turun Baru Selesai”

“Ajaib Bila Tiba Semua Dah Selesai, Takkan Kena Pengerusi Mara Turun Baru Selesai”

04/06/2026
0

"Ajaib Bila Tiba Semua Dah Selesai, Takkan Kena Pengerusi Mara Turun Baru Selesai" Oleh Mynewshub SEMENYIH – Pengerusi Majlis Amanah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd