Oleh Mynewshub
KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Zamri Vinoth memuat naik satu hantaran mengejutkan di media sosial hari ini.
Beliau memaklumkan diserang oleh sekumpulan individu bersenjatakan kayu dan batu ketika berada dalam kereta.
“Depa cuba nak serang hendap ana menyorok. Ana sempat langgar dua orang.
“Depa bawa kayu, batu menghendam dan buat percubaan untuk pukul,” dakwanya dalam hantaran tersebut.
Zamri Vinoth berkata, beliau namun bersyukur tidak tercedera, tetapi cermin keretanya pecah.
Beliau menyifatkan serangan terhadapnya itu bersikap seperti pondan (Penakut)
“Berani hanya bila mabuk dan hendap beramai. Sebab itulah saya kata depa ini tak layak di beri muka. Sampah masyarakat.
Pendakwah bebas itu namun sempat berseloroh: “Alhamdulillah muka ana masih kacak bergaya”.
Sementara itu, Firdaus Wong Wai Hung yang juga pendakwah bebas mengutuk serangan tersebut.
“Tangkap dan humban mereka yang menyerang sahabat saya Zamri Vinoth. Perhimpunan aman dibenarkan dalam Perlembagaan.
“Ceroboh tanah dan bina kuil haram serta menyerang orang yang mahu mendaulatkan undang-undang itu kesalahan di sisi undang-undang negara,” katanya. – MYNEWSHUB
**Gambar dan info kejadian : FB Zamri Vinoth


