• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Tak Terkesan, Tapi Gunalah Bahasa Yang Baik – Mohamad Hasan

oleh Mohd Arshad
dalam Utama & Sensasi
0
UMNO Tak Terkesan, Tapi Gunalah Bahasa Yang Baik – Mohamad Hasan
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub   

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menasihati pemimpin PAS supaya menggunakan bahasa yang baik dalam mengulas isu politik terutama di bulan Ramadan.

Menurut beliau, UMNO tidak terkesan pun dengan pelbagai gelaran yang dilontarkan terhadap parti itu berikutan usahanya untuk mewujudkan ‘Rumah Bangsa’

“Jika ada pihak melabelkan parti kita sebagai rumah hantu (Rumah Bangsa), itu terpulang kerana UMNO sekarang dalam keadaan harmoni hasil muhasabah diri.

“Orang tua-tua kata bahasa menunjukkan bangsa,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Bersama Kepimpinan Jawatankuasa UMNO Bahagian Rembau di Seremban, Negeri Sembilan semalam.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, beliau tidak mahu terlalu mengulas kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mengenai ‘Rumah Bangsa’ semalam kerana ia sekadar membuang masa.

“Bagi saya terlampau banyak ‘flip-flop’ yang beliau lakukan, bercakap yang bukan-bukan,” katanya.

Abdul Hadi semalam menegaskan pendirian PAS untuk tidak menyertai agenda ‘Rumah Bangsa’ dan menggunakan perkataan ‘bisikan syaitan’ serta ‘hantu’ dalam kenyataannya. – MYNEWSHUB

Tags: Tok Mat
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

Tok Mat Menghadap Agong, Sembah Taklimat Lawatan Presiden Mesir, Raja Jordan Ke Malaysia

Tok Mat Menghadap Agong, Sembah Taklimat Lawatan Presiden Mesir, Raja Jordan Ke Malaysia

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan hari...

Setiausaha Agung Parti PBB Hargai Khaled, Tok Mat Bawa Pendekatan Rasional Dalam Penyatuan Melayu

Setiausaha Agung Parti PBB Hargai Khaled, Tok Mat Bawa Pendekatan Rasional Dalam Penyatuan Melayu

22/09/2026
0

KUCHING - Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi merakamkan penghargaan kepada Datuk Seri Mohamed...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd