Oleh Mynewshub
JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan meluangkan masa menyaksikan puteranya, Tunku Iskandar Tunku Ismail beraksi dalam perlawanan persahabatan di Pusat Latihan Tertutup JDT, Padang Seri Gelam, di sini hari ini.
Perlawanan tersebut menyaksikan Raja Muda Johor itu mewakili pasukan Johor Cubs menentang Pilihan Johor Junior Cup Bawah-9 dalam suasana penuh semangat kesukanan dan sokongan padu daripada para hadirin.
Dalam aksi berkenaan, Tunku Iskandar mencuri tumpuan apabila berjaya menjaringkan gol menerusi sepakan percuma.
Selain menyaksikan perlawanan, keberangkatan Pemangku Sultan Johor juga mencerminkan sokongan berterusan baginda terhadap pembangunan sukan khususnya bola sepak akar umbi di negeri ini.- MYNEWSHUB


