• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tunku Mahkota Ismail Bangga JDT Dapat Perhatian Meluas Media Antarabangsa

oleh AK-47
26/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Tunku Mahkota Ismail Bangga JDT Dapat Perhatian Meluas Media Antarabangsa
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kelab gergasi bola sepak tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) kini mendapat perhatian meluas media asing selepas kejayaan berterusan pasukan itu mengukir nama di pentas antarabangsa.

Pemilik kelab yang juga Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail meluahkan rasa bangga baginda terhadap pencapaian Harimau Selatan yang semakin mendapat liputan dunia.

“Bangga melihat JDT mendapat perhatian antarabangsa,” titah baginda ringkas, sambil berkongsi laporan media antarabangsa yang menyorot kebangkitan kelab tersebut

Kenyataan itu disokong oleh laman rasmi Johor Southern Tigers (JST) yang memaklumkan bahawa kejayaan JDT kini bukan lagi sekadar dominasi tempatan.

Menurut JST, Harimau Selatan menjadi bahan liputan media sukan antarabangsa termasuk ESPN, beIN Sports dan Sporting News.

Menurut laporan tersebut, JDT kini berada di ambang mencipta sejarah dunia apabila mencatat 104 perlawanan liga tanpa tewas, sekali gus menyamai rekod milik kelab Romania, Steaua Bucharest.

Lebih mengujakan, skuad Harimau Selatan kini hanya beberapa langkah lagi untuk memecahkan rekod dunia 108 perlawanan tanpa kalah yang dipegang oleh kelab Ivory Coast, ASEC Mimosas.

Apa yang lebih menarik perhatian media antarabangsa adalah transformasi luar biasa JDT daripada sebuah kelab kecil kepada kuasa bola sepak moden dengan fasiliti bertaraf dunia, pembangunan akademi yang sistematik serta pengurusan profesional.

Malah, kejayaan JDT mara ke suku akhir Liga Juara-Juara AFC Elite musim 2025/26 turut menjadi bukti bahawa kelab itu kini berada di landasan tepat untuk bersaing di peringkat tertinggi Asia. – MYNEWSHUB

Tags: antarabangsaBanggaJDTJohor Darul Ta’zimLiputanmediaTunku Mahkota Ismail
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

JDT Kini Hanya Selangkah Cipta Rekod Dunia Baharu

JDT Kini Hanya Selangkah Cipta Rekod Dunia Baharu

11/05/2026
0

ISKANDAR PUTERI – Kelab gergasi bola sepak tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) kini hanya selangkah untuk mencipta sejarah baharu...

JDT Berpesta Gol ‘Benam’ Kelantan TRW FC 14-1, Rekod Kemenangan Terbesar Liga Super

JDT Berpesta Gol ‘Benam’ Kelantan TRW FC 14-1, Rekod Kemenangan Terbesar Liga Super

10/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) mencipta sejarah baharu Liga Super apabila merekodkan kemenangan paling besar dalam sejarah saingan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd