• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TMJ Tidak Akan Lari, Sedia Berdepan Penyokong Fanatik Harimau Malaya 

oleh Mohd Arshad
07/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
TMJ Tidak Akan Lari, Sedia Berdepan Penyokong Fanatik Harimau Malaya 
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub 

JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) tidak akan lari daripada sebarang cabaran serta bersedia untuk berdepan dengan mana-mana pihak pada bila-bila masa, di mana sahaja.

“Anytime, anywhere. Masa dan tempat, mereka atau anda pilih. Real man don’t run,” tulisnya di media sosial X.

Baginda berkata demikian sebagai membalas cadangan seorang netizen yang memintanya mengadakan pertemuan dengan penyokong fanatik pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia bagi menjelaskan isu yang sedang hangat diperkatakan dengan lebih teliti.

Bagaimanapun, TMJ turut mendakwa bahawa banyak pihak sebenarnya tidak berminat untuk mengetahui kebenaran mengenai isu yang diperkatakan.

Menurut baginda, apa yang lebih penting bagi sesetengah mereka adalah usaha untuk menamatkan pengaruhnya dalam industri bola sepak tempatan.

“Tetapi kebanyakan bukan kisah apa betul dan benar. Mereka lebih berminat nak habiskan influence saya dalam industri bolasepak tempatan, itu sahaja,” katanya.

Kenyataan tersebut berkait rapat dengan polemik berterusan dalam bola sepak negara yang sering mengaitkan pengaruh TMJ dalam pelbagai keputusan dan hala tuju industri itu.

Isu pengaruh dan penglibatan TMJ dalam bola sepak Malaysia sering menjadi topik perdebatan hangat dalam kalangan peminat sukan tanah air, khususnya apabila melibatkan dasar pembangunan pemain, pemain naturalisasi dan warisan serta hala tuju pasukan kebangsaan.

Walaupun berdepan kritikan, TMJ sebelum ini sering menegaskan bahawa penglibatan baginda dalam bola sepak nasional adalah semata-mata untuk memajukan sukan tersebut di Malaysia.

Baginda tiada sebarang agenda atau faedah peribadi selain hanya mahu membantu menaikkan mutu bola sepak negara. –MYNEWSHUB

Tags: FAMFIFATMJ
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tiga Penerima Biasiswa Orang Muda Johor Ke Universiti Terkemuka Dunia

Tiga Penerima Biasiswa Orang Muda Johor Ke Universiti Terkemuka Dunia

17/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Inisiatif Biasiswa Orang Muda Johor (BOMJ) terus membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam melahirkan generasi muda bertaraf global...

Agong Kurnia SMIJ Kepada Che Puan Mahkota Khaleeda Johor, Tunku Panglima Johor PJP

Agong Kurnia SMIJ Kepada Che Puan Mahkota Khaleeda Johor, Tunku Panglima Johor PJP

09/04/2026
0

JOHOR BAHRU, 9 April (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd