• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiba-Tiba Rindu 1Malaysia, Perpaduan Dan Keharmonian

oleh Mohd Arshad
09/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Tiba-Tiba Rindu 1Malaysia, Perpaduan Dan Keharmonian
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

ISU binaan haram semakin panas. Bukan sekadar debat di media sosial, tetapi sudah sampai tahap dua individu diserang hanya kerana bersuara tentang isu ini.

Kalau perbincangan tentang undang-undang sudah mula berakhir dengan keganasan, jelas ada sesuatu yang tidak kena.

Dalam sistem negara, tanah ada statusnya. Ada tanah persendirian, tanah kerajaan dan tanah rizab tertentu.

Setiap pembangunan di atasnya memerlukan kebenaran serta kelulusan yang sah. Ini bukan soal agama atau kaum. Ini soal undang-undang tanah.

Jika seseorang membina sesuatu tanpa kebenaran di atas tanah bukan milik, dari sudut perundangan ia tetap dianggap pencerobohan.

Undang-undang tidak membezakan bangunan berdasarkan sentimen. Ia hanya melihat status tanah dan kelulusan.

Sebab itu dahulu, walaupun isu seperti ini wujud, kebanyakan pihak masih berhati-hati. Jika ditegur mereka mengakui dan beralah.

Kadangkala kerajaan masuk campur, tetapi dengan pendekatan yang adil dan saksama tanpa sesiapa rasa dikhianati.

Saksikan berapa banyak rumah setinggan dirobohkan sejak dulu walau telah wujud berpuluh tahun sebelumnya.

Hari ini, suasananya berbeza. Fakta undang-undang kadang-kadang tenggelam dalam lautan emosi.

Siapa yang bercakap tentang undang-undang dan peraturan pula boleh dianggap sebagai ‘musuh’

Lebih pelik, ada yang seolah-olah menganggap jika sesuatu binaan sudah lama wujud, maka ia secara automatik menjadi sah.

Kalau begitu logiknya, mungkin selepas 30 tahun ‘parkir’ selipar di tanah orang, tanah itu pun boleh dituntut sebagai hak sendiri.

Undang-undang tidak berfungsi begitu. Tempoh masa tidak serta-merta memutihkan sesuatu pelanggaran undang-undang.

Ia mungkin menimbulkan isu pentadbiran atau penyelesaian khas, tetapi fakta asalnya tetap sama.

Masalah sekarang bukan sekadar tentang binaan tanpa kelulusan. Masalahnya sikap segelintir masyarakat semakin kurang rasional.

Apabila orang tidak lagi boleh bercakap tentang undang-undang tanpa diserang, maka yang hilang bukan sekadar hujah. Yang hilang ialah ruang dialog.

Jadi jangan marah bila ada yang tiba-tiba berasa rindu pada slogan 1Malaysia. Bukan kerana semuanya sempurna dahulu.

Tetapi sekurang-kurangnya perbincangan sensitif masih boleh dibuat tanpa perlu melihat siapa yang paling pailang.

Akhirnya, dalam negara yang ada undang-undang, penyelesaian tetap perlu kembali kepada undang-undang.

Bukan kepada emosi, bukan kepada tekanan jalanan, dan sudah tentu bukan kepada keganasan. – MYNEWSHUB

Tags: 1Malaysianajib
Share208Tweet130SendShare

Related Posts

Indonesia Pertimbang Benarkan Tentera AS Guna Ruang Udaranya

Indonesia Pertimbang Benarkan Tentera AS Guna Ruang Udaranya

13/04/2026
0

Oleh Mynewshub JAKARTA – Indonesia kini sedang mempertimbangkan cadangan untuk membenarkan tentera Amerika Syarikat (AS) menggunakan ruang udaranya. Menurut laporan...

Slogan DAP ‘Malaysia Untuk Rakyat Malaysia’ Semangat Sama Konsep ‘1Malaysia’ – Jamaliah

Slogan DAP ‘Malaysia Untuk Rakyat Malaysia’ Semangat Sama Konsep ‘1Malaysia’ – Jamaliah

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR - Slogan DAP 'Malaysia Untuk Rakyat Malaysia' mempunyai semangat yang sama seperti slogan '1Malaysia' Naib Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd