• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Muafakat Dengan UMNO Selagi Bersama DAP, Tinggalkan DAP Selesai

oleh Mohd Arshad
13/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Tiada Muafakat Dengan UMNO Selagi Bersama DAP, Tinggalkan DAP Selesai
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub 

SHAH ALAM – Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Shukri Omar menegaskan kesimpulan terhadap tulisan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah jelas iaitu tiada sebarang muafakat politik dengan UMNO selagi parti itu masih bekerjasama dengan DAP.

Menurut beliau, pendirian tersebut mudah difahami berdasarkan mesej yang disampaikan oleh Abdul Hadi berhubung isu kerjasama politik antara parti-parti Melayu.

“Mudah sahaja nak faham kesimpulan tulisan TG Haji Abdul Hadi Awang. Tiada muafakat politik bersama UMNO selagi bersama DAP. Amanah dan PKR kembar siam DAP. Tinggalkan DAP selesai,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial hari ini.

Semalam, Abdul Hadi menegaskan pendirian PAS untuk tidak menyertai gagasan ‘Rumah Bangsa’ yang diketengahkan Presiden UMNO kerana menyifatkan konsep tersebut tidak berteraskan Islam.

Beliau menjelaskan PAS hanya menghantar pemerhati bagi menghadiri pertemuan yang diadakan baru-baru ini sekadar memenuhi jemputan serta menilai sendiri hala tuju inisiatif berkenaan.

Menurutnya, pertemuan itu dilihat lebih kepada usaha menyatupadukan orang Melayu atas dasar kebangsaan semata-mata tanpa meletakkan Islam sebagai asas utama perjuangan.

“Walaupun tanpa kehadiran wakil DAP, namun dapat dibaca segala yang tersirat. Hal ini demikian kerana, tetap bersahabat dan berwala kepada DAP semata-mata untuk membentuk kerajaan,” kata Abdul Hadi. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: FB Mohamed Shukri Omar

Tags: Bendahari UMNO SelangorPAS
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

PAS Lahirkan Kesyukuran,Yakin Najib Dapat Beri Sumbangan Idea Demi Kebaikan Negara

PAS Lahirkan Kesyukuran,Yakin Najib Dapat Beri Sumbangan Idea Demi Kebaikan Negara

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS melahirkan kesyukuran susulan pengampunan bersyarat yang diberikan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul...

Pemimpin UMNO, PAS Dakwa Wujud ‘Ceplos Berbayar’, Bot Bina Naratif Politik

Pemimpin UMNO, PAS Dakwa Wujud ‘Ceplos Berbayar’, Bot Bina Naratif Politik

17/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Dua pemimpin UMNO dan PAS membangkitkan dakwaan mengenai penggunaan akaun media sosial berbayar, bot, robot serta kecerdasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd