• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tahniah JDT, Gema ‘Harimau Selatan’ Sudah Sampai Ke Jepun 

oleh Mohd Arshad
05/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Tahniah JDT, Gema ‘Harimau Selatan’ Sudah Sampai Ke Jepun 
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

Malam tadi suasana di Stadium Sultan Ibrahim bukan sekadar meriah, malah bergegar dengan ngauman Harimau Selatan.

JDT menewaskan kelab gergasi Jepun, Sanfrecce Hiroshima dengan keputusan bergaya 3-1.

Atas kertas, Sanfrecce Hiroshima ada hampir semua kelebihan yang pemegang ‘ijazah sarjana google dan chatgpt’ sepatutnya lebih arif.

Liga domestik mereka J-League jauh lebih kompetitif. Infrastruktur bola sepak Jepun juga lebih matang.

Ranking liga dan koefisien Asia yang lebih tinggi. Pemain mereka juga lebih berpengalaman di pentas antarabangsa.

Budaya taktikal Jepun terkenal dengan disiplin, tempo tinggi dan organisasi permainan yang kemas.

Pendek kata, dari sudut teknikal, struktur, sejarah dan reputasi, Sanfrecce Hiroshima sepatutnya berada satu tingkat di atas.

Tetapi bola sepak tidak bermain di atas kertas. Ia dimainkan di atas padang dan malam tadi, padang itu dikuasai JDT.

Rumusan mudah adalah JDT ‘Walk The Talk’. Bukan menang dengan nasib, sebaliknya menang dengan pelan, disiplin dan mentaliti.

Setiap serangan bukan sekadar cubaan, tetapi memberi mesej JDT sudah berada pada tahap seterusnya atau ‘next level’

Apa pun Sanfrecce Hiroshima bukan nama kecil. Mereka datang dengan reputasi, sejarah dan sistem bola sepak negara yang pernah menembusi Piala Dunia.

Namun JDT membalas dengan sesuatu yang tak boleh diukur statistik iaitu mentaliti elit dan kepercayaan kolektif.

Dan yang paling penting keberanian untuk percaya bahawa kelab Malaysia juga boleh duduk semeja dengan gergasi Asia.

Pengkritik tegar memang menunggu JDT tersungkur, tetapi malam tadi mungkin malam yang paling sunyi buat mereka.

Tak mengapa. Bola sepak memang begitu. JDT tak sempurna. Pernah juga kalah, tetapi pengertian terbesar adalah tentang usaha.

Dalam hal usaha, JDT memang tak pernah culas dan inilah sebabnya penyokong JDT terasa amat berbaloi jadi penyokong JDT.

Bukan sebab JDT sentiasa memuaskan hati mereka dengan kemenangan, tetapi sebab JDT sentiasa berani mencabar batas.

Tahniah Tunku Mahkota Ismail kerana di sebalik segala kritikan, Harimau Selatan kini bukan lagi sekadar kuasa domestik.

JDT sudah mula mengaum di Asia dan malam tadi gema itu sampai ke Jepun.. – MYNEWSHUB

Tags: JDTTunku Ismail
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

JDT Penuhi Impian Rakyat Kelab Malaysia Bersaing di Pentas Antarabangsa – Akmal

JDT Penuhi Impian Rakyat Kelab Malaysia Bersaing di Pentas Antarabangsa – Akmal

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mengucapkan tahniah kepada kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim...

Tunku Mahkota Ismail Bangga JDT Dapat Perhatian Meluas Media Antarabangsa

Tunku Mahkota Ismail Bangga JDT Dapat Perhatian Meluas Media Antarabangsa

26/03/2026
0

JOHOR BAHRU – Kelab gergasi bola sepak tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) kini mendapat perhatian meluas media asing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd