• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rombakan PN: Muhyiddin, Azmin ‘Turun Pangkat’

oleh AK-47
dalam Utama & Sensasi
0
Rombakan PN: Muhyiddin, Azmin ‘Turun Pangkat’
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Rombakan baharu kepimpinan Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) menyaksikan beberapa tokoh besar parti Bersatu ‘turun pangkat’ daripada posisi asal mereka.

Paling mencuri tumpuan adalah Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini sekadar menyandang jawatan Timbalan Pengerusi.

Kerusi nombor satu itu diambil alih Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi baharu.

Turut terkena tempias perubahan ialah Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang kini hanya memegang jawatan Timbalan Setiausaha Agung.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dilantik sebagai Setiausaha Agung PN yang baharu.

Sementara itu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor kini dipertanggungjawabkan sebagai Bendahari Agung PN.

Jawatan Ketua Pengarah Pilihan Raya PN diserahkan kepada Naib Presiden Bersatu, Datuk Radzi Jidin yang muncul sebagai muka baharu dalam barisan kepimpinan tersebut.

Dalam masa sama, bekas pemimpin UMNO, Tan Sri Annuar Musa pula diberikan peranan sebagai Ketua Penerangan PN.

Rombakan ini sekali gus menimbulkan persoalan dalam kalangan pemerhati politik sama ada PN kini didominasi oleh PAS. – MYNEWSHUB

Sumber Foto: Akaun Media Sosial Muhyiddin Yassin

Tags: perikatan nasional
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

Video Zahid Mahu Teruskan Persefahaman BN-PN Di Melaka Kembali Tular

Video Zahid Mahu Teruskan Persefahaman BN-PN Di Melaka Kembali Tular

22/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Rakaman video kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada 1 Ogos lalu...

PN Mohon Sidang Khas RCI Tabung Haji Ditangguh, Mahu PMX Bentang Sendiri Laporan

PN Mohon Sidang Khas RCI Tabung Haji Ditangguh, Mahu PMX Bentang Sendiri Laporan

10/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) mencadangkan agar Sidang Khas Parlimen yang dijadualkan esok bagi membentangkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd