Pihak Mynewshub merujuk kepada “content” asal yang dimuat naik pada 09.02.2026 telah dikeluarkan dan dipadamkan selepas siasatan lanjut dari pihak kami bahawa terdapat kesilapan maklumat berkenaan “content” tersebut dimana pihak kami memohon maaf kepada setiap individual yang terlibat atas kesilapan pihak kami yang tidak disengajakan.
Selanjutnya, kami memohon agar mana-mana individu, entiti atau pihak yang telah mengambil tangkapan layar (“screenshot”), memuat naik semula atau menggunakan kandungan tersebut dalam apa jua bentuk di laman web atau platform media sosial untuk memadamkan atau mengeluarkannya pada kadar segera.
Pihak Mynewshub tidak akan menanggung sebarang liabliti atau tindakan undang-undang yang bakal dihadapi oleh pihak-pihak yang menyalah gunakan kandungan tersebut.




