• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasukan MALBATT di Selatan Lubnan Diarah Berjaga-Jaga

Letupan Berhampiran Markas UNIFIL

oleh AK-47
dalam Utama & Sensasi
0
Pasukan MALBATT di Selatan Lubnan Diarah Berjaga-Jaga
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Beberapa insiden letupan berlaku di kawasan operasi berhampiran Markas Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) di Selatan Lubnan susulan ketegangan antara lsrael Defense Forces (|DF) dan Hezbollah.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, bagaimanapun tiada anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 terlibat atau tercedera dalam insiden tersebut.

Menurut beliau, Kementerian Pertahanan (Mindef) melalui Markas Angkatan Bersama sentiasa memantau perkembangan semasa khususnya di kawasan penugasan MALBATT 850-13.

“Keselamatan anggota kekal menjadi keutamaan. Markas UNIFIL di Naqoura turut memantau keadaan secara berterusan serta mengeluarkan arahan kepada semua pasukan pengaman agar sentiasa berjaga-jaga.

“Langkah keselamatan tambahan telah dilaksanakan termasuk
rondaan berjadual, ‘situational awareness’ serta komunikasi rapi antara unit,” katanya dalam satu kenyataan media.

Mohamed Khaled, MALBATT 850-13 terus melaksanakan tugasan di kawasan tanggungjawab dengan tahap kesiapsiagaan yang tinggi.

Menurut beliau, Mindef melalui Markas Angkatan Bersama akan terus memantau situasi semasa serta bekerjasama rapat dengan pihak UNIFIL dan rakan pasukan pengaman lain.

Jelasnya, ia bagi memastikan keselamatan anggota
sentiasa terpelihara serta tugasan yang diamanahkan terus dilaksanakan dengan baik. – MYNEWSHUB

 

Tags: berjaga-jagaDatuk Seri Mohamed Khaled NordinletupanLubnanMALBATTmenteri pertahananUNIFIL
Share206Tweet129SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Menteri Pertahanan Di Istana Pasir Pelangi

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Menteri Pertahanan Di Istana Pasir Pelangi

02/11/2026
0

JOHOR BAHRU - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin...

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Lawat Anggota MALBATT 850-13 Di Kem Marakah

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Lawat Anggota MALBATT 850-13 Di Kem Marakah

01/10/2026
0

LEBANON - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin meluahkan rasa tersentuh melihat sendiri semangat, disiplin dan dedikasi anggota Batalion...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd