Sample Page Title

KUALA LUMPUR – Kes saman fitnah yang dikemukakan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terhadap bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam berkemungkinan diselesaikan secara baik.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Peguam S.Suresh yang mewakili Lokman Adam ketika dihubungi media berkata, hari ini pendengaran permohonan injuksi inter-parte (dua belah pihak) ditetapkan di hadapan Hakim hadapan Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh.

“Bagaimanapun pendengaran kes itu ditangguhkan kepada 5 Januari tahun depan sementara menunggu kemungkinan penyelesaian kes saman berkenaan,” kata peguam itu.

Sementara itu peguam Ismail Sabri, Joshua Tan ketika dihubungi media berkata, setakat ini belum ada apa-apa secara bertulis berhubung penyelesaian kes saman fitnah itu.

Saman itu berhubung video bertajuk ‘Bila Presiden UMNO Panggil Tak Datang! Tapi PM Ada Masa Jumpa Mahathir (bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad) – Lokman Adam’, yang didakwa Ismail Sabri memfitnahnya.

Ismail Sabri, 62, selaku plaintif memfailkan saman itu atas kapasiti peribadinya menerusi pada 8 Sept lepas dengan menamakan Lokman, 49, sebagai defendan.


Dalam pernyataan tuntutan, Ismail Sabri mendakwa Lokman pada 22 Ogos lalu telah membuat kenyataan-kenyataan fitnah terhadap plaintif dalam satu video bertajuk “Bila Presiden UMNO Panggil Tak Datang! Tapi PM Ada Masa Jumpa Mahathir – Lokman Adam”.

Ismail Sabri berkata kenyataan-kenyataan berniat jahat, fitnah dan tidak benar berkenaan plaintif dimuat naik menerusi empat akaun media sosial milik defendan iaitu YouTube ‘Lokman Adam’, Facebook ‘Lokman Noor Adam Official’, Instagram ‘lokmannooradam’ dan TikTok ‘datoklokmanadam’.

Menurutnya, kata-kata fitnah itu antara lain membawa maksud plaintif telah berjumpa dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan merancang atau berniat untuk merancang dengan bekas perdana menteri itu serta parti-parti politik lain yang bertentangan dengan UMNO untuk kekal sebagai perdana menteri dengan membelakangkan dan mengkhianati parti itu.

Ismail Sabri berkata beliau tidak pernah berjumpa Dr. Mahathir dan parti-parti lain dengan membelakangkan atau mengkhianati UMNO untuk terus kekal sebagai perdana menteri.

Berikutan kata fitnah itu, reputasinya sebagai ahli UMNO, Naib Presiden UMNO dan perdana menteri (ketika itu) terjejas, yang membawa kesan buruk kepada kerjaya politiknya.

-Kosmo Online

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

NAZA TTDI Sambut Ulangtahun Ke-50 Dengan Kempen Memberi Ganjaran Kepada Pembeli

Kuala Lumpur, Selasa, 31 Januari 2023 – NAZA TTDI Sdn Bhd (NAZA TTDI) menandakan...

Akaun Bank Dibekukan, BERSATU Beri Kerjasama Penuh Kepada SPRM

Kuala Lumpur : Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan memberi kerjasama dalam siasatan mengenai...

TMJ Harap Lebih Banyak Stadium Canggih Dibina

PETALING JAYA : Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengharapkan agar...

PH-BN Didakwa Peralat SPRM, Bunuh Kredibiliti BERSATU, PN

KUALA LUMPUR : BERSATU kesal dengan tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) menjadikan...

74 Ahli Parlimen PN Adakan Permukiman Selama Dua Hari

SHAH ALAM - Seramai 74 ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) mengadakan permukiman selama...

Pasangan Iran Menari Tepi Jalan Dipenjara 10 Tahun

TEHERAN – Sepasang kekasih warga Iran yang berusia dalam lingkungan 20-an dijatuhi hukuman penjara...

Harga Petrol, Diesel Kekal

Kuala Lumpur : Harga runcit petrol RON97 dan RON95, serta diesel tidak berubah bagi...