• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Negara Teluk, Iran Sedia Dengar Pandangan Malaysia – Anwar

oleh AK-47
13/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Negara Teluk, Iran Sedia Dengar Pandangan Malaysia – Anwar
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Kesediaan beberapa negara di rantau Teluk bersedia untuk mendengar pandangan Malaysia merupakan suatu penghormatan kepada negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pandangan Malaysia telah disampaikan kepada pimpinan negara terbabit ketika menghubungi beliau.

“Beberapa negara di rantau Teluk serta pimpinan Iran dan Turkiye telah menghubungi kita untuk bertukar pandangan mengenai perkembangan konflik semasa.

“Sebagai sebuah negara yang relatifnya tidak besar, kesediaan mereka untuk mendengar pandangan Malaysia merupakan suatu penghormatan kepada negara,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Anwar berkata, beliau telah menyampaikan beberapa pandangan mewakili Malaysia sambil menegaskan kepentingan meredakan ketegangan demi keamanan sejagat.

Terdahulu, katanya, beliau mengadakan pertemuan dengan Premier Sarawak dan kepemimpinan kerajaan Sarawak di Kuching hari ini.

Menurutnya, beliau turut diberi taklimat berkenaan keperluan menyelesaikan masalah banjir dan bekalan air di Sarawak.

“Oleh itu, saya telah meminta KSN dan PETRA melihat pendekatan yang menyeluruh bagi menyelesaikan kedua-dua ini.

“Hampir keseluruhan projek telah mempunyai peruntukan dan ia mesti diselesaikan sesegera yang mungkin,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Laman Media Sosial Anwar Ibrahim

Tags: Anwar Ibarhim
Share222Tweet139SendShare

Related Posts

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

08/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada skuad hoki negara atas kejayaan melayakkan...

Rekod Pelaburan RM426.7 Bilion: Anwar Puji Tengku Zafrul?

Rekod Pelaburan RM426.7 Bilion: Anwar Puji Tengku Zafrul?

06/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR - Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai rekod pelaburan diluluskan tertinggi negara bagi tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd