• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mengapa Masih Belum Ada Arahan ‘Work From Home’? – Radzi Jidin

oleh AK-47
dalam Utama & Sensasi
0
Mengapa Masih Belum Ada Arahan ‘Work From Home’? – Radzi Jidin
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan bekerja dari rumah (WFH) dalam kalangan penjawat awam menjadi tanda tanya apabila sehingga kini belum ada arahan jelas dikeluarkan mengenainya.

Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr. Radzi Jidin mempersoalkan mengapa tiada perkembangan lanjut diumumkan selepas 15 hari kerajaan menyatakan cadangan tersebut.

Beliau berkata, pada 13 Mac lalu, kerajaan memaklumkan keputusan berkaitan WFH akan dibuat dalam Mesyuarat Kabinet pada 17 Mac.

Bagaimanapun, pada tarikh tersebut, keputusan itu dikatakan akan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara selepas Aidilfitri.

“Mesyuarat telah diadakan pada 25 Mac, namun masih tiada sebarang penjelasan berkaitan pelaksanaan inisiatif bekerja dari rumah untuk kakitangan kerajaan,” katanya menerusi rakaman video.

Tambah beliau, dalam perutusan khas pada 26 Mac lalu pula, Perdana Menteri turut menyebut penjawat awam akan boleh WFH secara berperingkat dan terpilih.

“Selepas 15 hari kata nak melaksanakan inisiatif bekerja dari rumah, sampai sekarang masih belum ada sebarang penjelasan dan arahan berkaitan,” katanya.

Beliau turut menegaskan dalam keadaan krisis semasa, WFH membantu penjawat awam mengurangkan kos petrol, tol, parkir dan perbelanjaan lain.

Selain itu, katanya, pengalaman ketika pandemik Covid-19 membuktikan bekerja dari rumah mampu memastikan produktiviti dan hasil kerja yang optimal.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan mengambil serius perkara berkenaan serta memberi penjelasan terperinci supaya pelaksanaan WFH dapat diperjelaskan. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Dr. Radzi Jidin

Tags: Ahli Parlimen Putrajayabekerja dari rumahBelum ada arahan jelasDatuk Dr. Radzi JidinPenjawat AwamWFHWork from home
Share203Tweet127SendShare

Related Posts

Jumlah Penjawat Awam Kaum India Masih Rendah, Sepatutnya 85,000 Orang – Charles Santiago

Jumlah Penjawat Awam Kaum India Masih Rendah, Sepatutnya 85,000 Orang – Charles Santiago

06/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago mendakwa tahap penyertaan kaum India dalam perkhidmatan awam masih rendah dan...

Senator Lingeshwaran Mohon Cuti Tanpa Rekod Sempena Deepavali Untuk Penjawat Awam Beragama Hindu

Senator Lingeshwaran Mohon Cuti Tanpa Rekod Sempena Deepavali Untuk Penjawat Awam Beragama Hindu

30/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Negara, Senator Dr. RA Lingeshwaran memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertimbangkan pelaksanaan kemudahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd