• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Berpeluang Jadi Pilihan Pelabur, Dana Kekayaan Berdaulat AS$5 Trilion – Tengku Zafrul

oleh AK-47
24/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Malaysia Berpeluang Jadi Pilihan Pelabur, Dana Kekayaan Berdaulat AS$5 Trilion – Tengku Zafrul
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

 

KUALA LUMPUR – Pergolakan yang berlaku di Asia Barat mampu membuka peluang strategik kepada Malaysia untuk muncul sebagai destinasi pilihan pelabur global berikutan banyak kelebihan yang dimiliki negara ini.

 

Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, antara kelebihan itu adalah kestabilan politik, kedudukan strategik di rantau ASEAN dan keterlibatan dalam rangkaian perdagangan global.

 

“Kita juga ada kekuatan unik dari kebolehan menghubungkan antara rantau, kewangan Islam, ekosistem halal yang diyakini, hinggalah kepada hubungan rapat dengan Asia Timur dan negara Teluk,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

 

Terdahulu, Tengku Zafrul berkata, sejarah menunjukkan gangguan global akan mengubah susunan ekonomi dunia, termasuk peralihan dana modal dan penyusunan semula rantaian bekalan.

 

Menurut beliau, pelabur akan menilai semula risiko dan akan mencari lokasi baru yang lebih selamat dan stabil, maka ia membuka peluang strategik untuk negara yang bersedia.

 

Ujar beliau, salah satu peluang besar Malaysia terletak pada modal negara Teluk dengan dana kekayaan berdaulat di rantau itu mengurus sekitar AS$5 trilion.

 

Jelas beliau, dalam ketidaktentuan semasa, sebahagian modal itu dijangka mencari destinasi baharu bagi mengurus risiko.

 

“Malaysia berada dalam kedudukan baik untuk menarik aliran ini. Sebagai sebuah negara majoriti muslim dengan hubungan ekonomi dan budaya yang telah lama terjalin di rantau ini, kita merupakan rakan dagang yang dikenali dan diyakini,” katanya. – MYNEWSHUB

 

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Tengku Zafrul

Tags: Tengku Zafrul Tengku Aziz
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tengku Zafrul Jelaskan Pelaburan RM426.7 bilion: “Hari Ini Kahwin, Takkan Esok Terus Dapat Anak”

Tengku Zafrul Jelaskan Pelaburan RM426.7 bilion: “Hari Ini Kahwin, Takkan Esok Terus Dapat Anak”

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata projek pelaburan yang...

3M Jadi Fokus Utama Bajet 2022 – Tengku Zafrul

22/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Bajet 2022 yang akan dibentangkan kerajaan pada minggu hadapan akan memberi tumpuan kepada tiga perkara utama. Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd