• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3M Jadi Fokus Utama Bajet 2022 – Tengku Zafrul

oleh
22/10/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bajet 2022 yang akan dibentangkan kerajaan pada minggu hadapan akan memberi tumpuan kepada tiga perkara utama.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata ia akan berfokuskan kepada 3M iaitu memulih kehidupan (recovery); membina semula daya tahan (resilience) dan memangkin pembaharuan (reform).

Beliau berkata, seperti pembentangan bajet yang lalu, kerajaan akan terus komited membantu rakyat yang masih terjejas serta menyokong kelangsungan perniagaan dalam Bajet 2022 kali ini.

“Berpegang kepada konsep pendekatan senegara, Kementerian Kewangan (MOF) telah melaksanakan program Jelajah #Bajet2022, bagi membolehkan kami turun padang bertemu dengan pelbagai pihak berkepentingan.

“Ini adalah untuk memastikan Bajet 2022 adalah bajet yang inklusif, menyeluruh, telus dan berimpak tinggi,”katanya dalam Laporan LAKSANA Ke-73 hari ini.

Tengku Zafrul berkata, program Jelajah #Bajet2022 juga adalah tambahan kepada Portal Belanjawan 2022 yang bertujuan mendapatkan maklum balas dari pelbagai lapisan masyarakat.

Beliau berkata, secara keseluruhannya, MOF telah mengadakan 28 sesi ‘Focus Group’ membabitkan wakil dari pelbagai industri merangkumi kesemua sektor ekonomi.

Katanya, selain itu turut diadakan adalah 76 sesi libat urus secara langsung bersama semua Menteri dan kementerian termasuk pihak parti pembangkang.

Melalui Jelajah #Bajet2022 di lapan buah negeri iaitu Johor, Kedah, Perlis, Pahang, Pulau Pinang, Sabah, Melaka dan Selangor, MOF katanya menerima 1,200 maklum balas bagi Kertas Konsultasi Awam (KKA); 1,000 memorandum melalui 105 entiti bagi cadangan Bajet 2022 dan 50,000 cadangan melalui Portal Cadangan Bajet 2022.

“Bagi KKA, antara maklum balas yang paling banyak diterima adalah berkaitan penambahbaikan Program Bantuan Tunai Kerajaan, dengan 167 maklum balas. Selain itu, sebanyak 103 maklum balas diterima bagi kajian insentif cukai.

“Justeru itu, Bajet 2022 dirangka dari usaha input dari rakyat. Pelaksanaan dengan semua pihak dilaksanakan bagi menyampaikan manfaat,” katanya.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, negara tidak seharusnya membiarkan krisis yang disebabkan oleh COVID-19 ini berlalu tanpa memanfaatkan pengajaran diterima.

Beliau berkata, iktibar pertama yang harus diambil adalah persediaan kita menghadapi kemungkinan berlakunya pandemik lain di masa hadapan.

Lantaran itu katanya, negara perlu memastikan ia adalah krisis terakhir memerangkap kita dalam satu situasi yang getir.

Selain itu katanya, peralihan ke arah digitalisasi adalah sangat penting kerana ia adalah satu pengubah keadaan yang dapat merapatkan jurang pendapatan rakyat.

“Kita juga perlu membina rantaian bekalan strategik. Pada permulaan krisis, kita bergelut memperoleh atau menghasilkan pelitup muka, ventilator, alat bantuan pernafasan dan peralatan perubatan lain.

“Inilah masa terbaik untuk menerapkan konsep kelestarian dalam rantaian bekalan termasuk sosial dan persekitaran kerana isu kelestarian dan keuntungan tidak lagi saling eksklusif,” katanya.

“Malaysia juga harus mengambil pendekatan strategik terhadap isu struktur yang selama ini menghalang daripada mencapai potensi sebenar sosioekonomi negara,” katanya. – BH Online

Tags: Bajet 2022Belanjawan 2022Tengku Zafrul Tengku Aziz
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hasil Petronas Bukan Duit ‘Free’ Kena Bayar Hutang, Tampung Operasi

Hasil Petronas Bukan Duit ‘Free’ Kena Bayar Hutang, Tampung Operasi

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Hasil Petronas tidak boleh digunakan sepenuhnya oleh kerajaan untuk menampung pemberian subsidi minyak kerana ia bukan wang...

Malaysia Berpeluang Jadi Pilihan Pelabur, Dana Kekayaan Berdaulat AS$5 Trilion – Tengku Zafrul

Malaysia Berpeluang Jadi Pilihan Pelabur, Dana Kekayaan Berdaulat AS$5 Trilion – Tengku Zafrul

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub   KUALA LUMPUR – Pergolakan yang berlaku di Asia Barat mampu membuka peluang strategik kepada Malaysia untuk muncul...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd