• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tengku Zafrul Jelaskan Pelaburan RM426.7 bilion: “Hari Ini Kahwin, Takkan Esok Terus Dapat Anak”

oleh AK-47
12/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Tengku Zafrul Jelaskan Pelaburan RM426.7 bilion: “Hari Ini Kahwin, Takkan Esok Terus Dapat Anak”
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub 

KUALA LUMPUR – Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata projek pelaburan yang diluluskan di negara ini memerlukan masa sebelum dapat dilihat hasilnya termasuk pembinaan kilang serta peluang pekerjaan kepada rakyat.

Menurut beliau, terdapat pihak yang mempersoalkan mana kilang selepas kerajaan mengumumkan rekod pelaburan berjumlah RM426.7 bilion yang berjaya diraih Malaysia.

“Baru-baru ini saya kongsi Malaysia pecah rekod pelaburan RM426.7 bilion, terus ada yang tanya mana kilangnya,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial.

Beliau menjelaskan, projek pelaburan tidak boleh dilaksanakan serta-merta kerana prosesnya mengambil masa termasuk pembinaan kilang, pemasangan mesin dan persediaan operasi sebelum pekerja boleh mula bekerja.

Menggunakan analogi mudah, Tengku Zafrul berkata situasi itu sama seperti perkahwinan yang memerlukan masa sebelum memperoleh zuriat.

“Macam saya kata, hari ini kahwin, takkan esok terus dapat anak,” katanya.

Tambah beliau, kebiasaannya sesuatu projek pelaburan memerlukan tempoh sekitar 18 hingga 24 bulan sebelum dapat mula beroperasi sepenuhnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata projek perkilangan yang diluluskan antara tahun 2021 hingga 2025 menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan apabila hampir 85 peratus daripada hampir 4,900 projek telah dilaksanakan.

Menurutnya, projek tersebut berada pada pelbagai peringkat termasuk sudah beroperasi, sedang membina kilang dan juga dalam proses pemasangan mesin.

Bagi projek yang diluluskan pada tahun 2025 pula, kadar pelaksanaannya kini berada sekitar 62 peratus.

“Ini pun sudah dikira laju kerana projek-projek tersebut baru sahaja diluluskan tahun lalu,” jelasnya.

Beliau menegaskan, peranan MIDA bukan sekadar meluluskan pelaburan, tetapi memastikan projek yang diluluskan benar-benar dilaksanakan supaya lebih banyak peluang pekerjaan bergaji tinggi dapat diwujudkan untuk rakyat. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: FB Tengku Zafrul

Tags: tengku zafrulTengku Zafrul Tengku Aziz
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Fundraising Dinner DAP Dapat Sambutan Kuat Masyarakat – Tengku Zafrul

Fundraising Dinner DAP Dapat Sambutan Kuat Masyarakat – Tengku Zafrul

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mendakwa majlis ‘fundraising dinner’ anjuran...

Gobind Dakwa 5,000 Hadir Program Selangor Bangkit Bersama Rocket DAP

Gobind Dakwa 5,000 Hadir Program Selangor Bangkit Bersama Rocket DAP

26/04/2026
0

PUCHONG - Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo mendakwa lebih 5,000 orang menghadiri program Selangor Bangkit Bersama Rocket DAP Bandar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd