• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Konflik Iran-Israel Tiada Kaitan Kebangkitan Syiah – Mat Sabu

oleh Mohd Arshad
14/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Konflik Iran-Israel Tiada Kaitan Kebangkitan Syiah – Mat Sabu
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menegaskan bahawa konflik antara Iran dan Israel tidak wajar disempitkan sebagai peperangan mazhab.

Menurut beliau, terdapat pihak yang cuba menggambarkan konflik tersebut sebagai kebangkitan Syiah, namun tafsiran itu disifatkan sebagai tidak tepat.

“Ada pihak cuba menggambarkan konflik ini sebagai peperangan mazhab, kononnya kebangkitan Syiah. Bagi saya, tafsiran itu tidak tepat dan terlalu simplistik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad yang juga Presiden Parti Amanah Negara berkata, sejarah menunjukkan bahawa percaturan kuasa sering mengatasi pertimbangan mazhab dalam politik antarabangsa.

Dalam masa sama, beliau menegaskan konflik yang berlaku di Timur Tengah lebih berkait dengan kepentingan politik dan kelangsungan kuasa pemerintah.

“Realitinya, konflik hari ini bukan soal Syiah atau Sunni. Ia soal kepentingan kuasa dan kelangsungan pemerintahan mereka,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan umat Islam tidak seharusnya terperangkap dengan naratif sektarian.

Menurut beliau, yang lebih penting adalah mempertahankan prinsip keadilan dan kemanusiaan dalam isu melibatkan Palestin. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Mohamad Sabu

Tags: IranSyiah
Share206Tweet129SendShare

Related Posts

Media Asing Lapor Harga Minyak Global Turun Selepas Iran Umum Buka Semula Selat Hormuz

Media Asing Lapor Harga Minyak Global Turun Selepas Iran Umum Buka Semula Selat Hormuz

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Harga minyak dunia dilaporkan merosot selepas Iran mengumumkan pembukaan penuh Selat Hormuz kepada semua kapal komersial sepanjang...

Malaysia Sasar Bangunkan Dron Tempur Sendiri, Iran Sedia Beri Kerjasama

Malaysia Sasar Bangunkan Dron Tempur Sendiri, Iran Sedia Beri Kerjasama

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan satu cadangan pembangunan National Combat Unmanned Aircraft System (UAS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd