• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kewujudan Banyak Kuil Lama Di Selangor Ada Asas Sejarah – Arun Dorasamy

oleh Mohd Arshad
01/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Kewujudan Banyak Kuil Lama Di Selangor Ada Asas Sejarah – Arun Dorasamy
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Kewujudan banyak kuil lama di Selangor bukan sesuatu yang berlaku secara tiba-tiba tanpa asas sejarah.

 

Pengerusi Pasukan Tindakan Pemeliharaan Kuil (Tepat), Arun Dorasamy berkata, ia berkait rapat demografi dan realiti sosial negeri tersebut hampir satu abad lalu.

 

Beliau berkata demikian dengan memetik dakwaan bekas pemimpin DAP, Ronnie Liu Tian Khiew bahawa kaum India merupakan kumpulan etnik terbesar di Selangor berdasarkan rekod sejarah.

 

“Memahami sejarah secara objektif membantu kita melihat isu semasa dengan lebih adil dan berimbang. Sejarah bukan untuk dipolitikkan, tetapi untuk difahami,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari Ini.

Arun seterusnya berkata, fakta sejarah itu penting untuk difahami dalam konteks pembangunan sosial dan keagamaan negeri Selangor.

 

“Kehadiran komuniti India yang besar sejak era awal abad ke-20, khususnya dalam sektor perladangan dan pembangunan ekonomi, telah menyumbang kepada pembinaan rumah-rumah ibadat termasuk kuil-kuil Hindu di seluruh negeri,” dakwanya.

 

Ronnie Liu dalam satu hantaran di media sosial semalam mendakwa kaum India merupakan kumpulan etnik terbesar di Selangor pada tahun 1930.

 

Dakwa beliau, komuniti India merupakan kumpulan etnik terbesar di Selangor dengan jumlah 227,063 orang, mengatasi kaum Cina (191,283) dan Melayu (126,388)

 

Beliau mendakwa, fakta sejarah itu boleh menjelaskan mengapa terdapat banyak kuil Hindu lama di Selangor yang dibina sejak era awal pembangunan ekonomi dan perladangan.

 

Beliau turut menegaskan bahawa penggunaan istilah ‘kuil haram’ adalah tidak tepat dan sensitif.

 

“Haram bermaksud dilarang dari sudut agama. Sesetengah kuil mungkin berstatus struktur tidak sah dari segi undang-undang, tetapi itu tidak bermakna ia ‘haram’.

 

“Kami menggesa semua pihak termasuk Perdana Menteri menghentikan penggunaan istilah ‘kuil haram’,” kata Ronnie Liu. – MYNEWSHUB

Sumber: FB Ronnie Liu Tian Khiew / Arun Dorasamy

Tags: Kuil Haram
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

Mengapa Tidak Buat Kenyataan Siasat Laporan Kewangan Kuil Haram? – Firdaus Wong

Mengapa Tidak Buat Kenyataan Siasat Laporan Kewangan Kuil Haram? – Firdaus Wong

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Mengapa tidak buat kenyataan minta siasat kuil haram dan laporan kewangan setiap kuil haram? Demikian persoalan dibangkitkan...

WAWANCARA: Jangan Undi Ahli Politik Pertahan Kuil Haram – Firdaus Wong

WAWANCARA: Jangan Undi Ahli Politik Pertahan Kuil Haram – Firdaus Wong

21/04/2026
0

MUKADIMAH ISU pembinaan rumah anutan atau rumah ibadat bukan Islam tidak sah pernah menimbulkan polemik besar dalam negara. Isu tersebut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd