• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Johor Pandang Serius Hantaran Berunsur Fitnah, PDRM Buka Siasatan

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Kerajaan Johor Pandang Serius Hantaran Berunsur Fitnah, PDRM Buka Siasatan
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor memandang serius satu hantaran media sosial yang didakwa mengandungi unsur hasutan, fitnah serta ajaran mengelirukan sehingga menyentuh Institusi Diraja Johor, pihak berkuasa dan agama Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, tindakan tegas sedang diambil terhadap perkara berkenaan bagi memastikan keharmonian serta ketenteraman awam terus terpelihara.

Menurut beliau, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan dan kini sedang menjalankan tindakan lanjut berhubung isu tersebut.

“Sehubungan itu, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan dan mengambil tindakan lanjut terhadap perkara ini.

“Dimaklumkan juga bahawa satu pertemuan juga telah diadakan antara pihak PDRM dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) bagi tujuan penyelarasan tindakan serta penelitian dari sudut akidah dan syariah,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan atau mempercayai sebarang kandungan yang belum disahkan kesahihannya.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan atau mempercayai sebarang kandungan yang belum disahkan kesahihannya, serta sentiasa merujuk kepada pihak berautoriti dalam hal-hal berkaitan agama Islam,” jelasnya.

Tambah beliau, kerajaan negeri tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang cuba menyebarkan ajaran yang boleh menyelewengkan akidah umat Islam serta mengganggu ketenteraman awam.

“Kerajaan Negeri juga tidak akan
berkompromi terhadap sebarang bentuk penyebaran ajaran yang boleh menyelewengkan akidah umat Islam serta mengganggu ketenteraman awam,” tegasnya.

Beliau berkata, perkembangan lanjut berhubung kes berkenaan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa selepas siasatan lengkap dijalankan.

“Perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa selepas siasatan lengkap dijalankan,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: EXCO Agama JohorHantaranhina institusi dirajamedia sosialMohd Fared Mohd Khalidsiasatan
Share213Tweet133SendShare

Related Posts

PAC Buka Prosiding Siasat Tadbir Urus, Kewangan dan Pelaburan Tabung Haji

PAC Buka Prosiding Siasat Tadbir Urus, Kewangan dan Pelaburan Tabung Haji

26/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen bersetuju sebulat suara untuk memulakan prosiding bagi menyiasat kelemahan tadbir urus,...

Asyraf Wajdi Saman RM5 Juta Pihak Kaitkan Beliau Dengan Isu Tabung Haji

Asyraf Wajdi Saman RM5 Juta Pihak Kaitkan Beliau Dengan Isu Tabung Haji

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memulakan tindakan saman sebanyak RM5 juta terhadap beberapa pihak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd