• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT Vs Sanfrecce Hiroshima: Penonton Berpeluang Menangi Hadiah Motosikal Cabutan Bertuah

oleh Mohd Arshad
02/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
JDT Vs Sanfrecce Hiroshima: Penonton Berpeluang Menangi Hadiah Motosikal Cabutan Bertuah
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

JOHOR BAHRU – Penyokong yang hadir di Stadium Sultan Ibrahim pada 4 Mac ini bagi menyaksikan perlawanan Pusingan 16 Liga Juara-Juara AFC (ACL) Elite antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Sanfrecce Hiroshima berpeluang menengani hadiah cabutan bertuah.

 

Laman Facebook JDT, Johor Southern Tigers dalam satu kenyataan berkata, hadiah yang disediakan berupa sebuah motosikal, pas bermusim musim 2026/27, akses hospitaliti premium serta barangan rasmi kelab bola sepak JDT.

 

“Hadiah utama yang ditawarkan adalah sebuah motosikal, manakala tiga pemenang tempat kedua bakal membawa pulang pas bermusim bernilai RM399 setiap satu.

 

“Empat pemenang tempat ketiga pula akan menerima akses Premium Hospitaliti, diikuti empat lagi pemenang bagi hadiah akses ke Red & Blue Lounge,” kata laman Facebook berkenaan.

 

Johor Southern Tigers berkata, selain itu, tujuh penyokong bertuah akan memenangi hadiah saguhati berupa barangan rasmi JDT bernilai RM200 setiap satu.

 

Dalam masa sama, JDT turut menyediakan juadah berbuka puasa kepada para pemegang tiket bagi memastikan penyokong dapat menunaikan kewajipan berpuasa dengan selesa sebelum menyaksikan perlawanan.

 

Kata Johor Southern Tigers, nombor tempat duduk pemenang akan dicabut ketika waktu rehat separuh masa dan diumumkan menerusi media sosial rasmi kelab.

 

Jelas kenyataan itu, pemegang tiket yang berjaya perlu hadir ke JDT Direct selepas tamat perlawanan untuk menebus hadiah masing-masing.

 

“Cabutan ini terbuka kepada pemegang tiket serta pas bermusim yang hadir ke stadium, dengan setiap tiket dan pas yang diimbas di pintu masuk secara automatik layak menyertainya.

 

“Dapatkan tiket perlawanan JDT lawan Sanfrecce Hiroshima di https://tickethotline.com.my/events/ACLE-25-26-JDT-SAN,” kata Johor Southern Tigers. – MYNEWSHUB

Tags: JDT
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

JDT Penuhi Impian Rakyat Kelab Malaysia Bersaing di Pentas Antarabangsa – Akmal

JDT Penuhi Impian Rakyat Kelab Malaysia Bersaing di Pentas Antarabangsa – Akmal

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mengucapkan tahniah kepada kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim...

Tunku Mahkota Ismail Bangga JDT Dapat Perhatian Meluas Media Antarabangsa

Tunku Mahkota Ismail Bangga JDT Dapat Perhatian Meluas Media Antarabangsa

26/03/2026
0

JOHOR BAHRU – Kelab gergasi bola sepak tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) kini mendapat perhatian meluas media asing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd