• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, November 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT Tak Langgar Peraturan: Pendaftaran 3 Pemain Warisan Sah Ikut Peraturan

oleh Mohd Arshad
dalam Utama & Sensasi
0
JDT Tak Langgar Peraturan: Pendaftaran 3 Pemain Warisan Sah Ikut Peraturan
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub 

KUALA LUMPUR – LIGA Bolasepak Malaysia (MFL) mengesahkan bahawa pendaftaran tiga pemain warisan daripada kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Joao Figueiredo, Jon Irazabal, Hector Hevel sebagai pemain tempatan adalah mengikut Peraturan Pertandingan Liga Malaysia 2025-2026.

MFL dalam satu kenyataan media berkata, turut disahkan sebagai pemain tempatan mengikut Peraturan Pertandingan Liga Malaysia 2025-2026 adalah pemain Kuching City FC, Gabriel Palmero.

“Jelas empat pemain ini telah melalui proses pendaftaran mengikut peraturan pertandingan Liga Malaysia dengan menggunakan kad pengenalan yang sah dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk didaftarkan sebagai pemain tempatan Liga Malaysia 2025-2026.

“Justeru MFL mengesahkan tiada pelanggaran peraturan dilakukan dalam pendaftaran Figueiredo, Irazabal, Hevel dan Palmero oleh kelab mereka pada musim ini,” kata kenyataan itu hari ini.

Bagaimanapun, kata MFL, kelulusan pendaftaran itu tidak mengecualikan pemain terbabit daripada hukuman disiplin di peringkat antarabangsa.

Jelas MFL, empat pemain berkenaan masih perlu menjalani penggantungan selama 12 bulan dalam perlawanan rasmi seperti yang diputuskan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) baru-baru ini. – MYNEWSHUB

Tags: JDTMFLS
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

JDT Harungi Empat Perlawanan Sepanjang November, Termasuk Aksi Menentang Jeonbuk Hyundai

JDT Harungi Empat Perlawanan Sepanjang November, Termasuk Aksi Menentang Jeonbuk Hyundai

31/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Johor Darul Ta'zim (JDT) dijadualkan mengharungi empat perlawanan sepanjang November 2026, termasuk tiga aksi di pentas Liga...

Peluang Jadi Ketua Sorak B.O.S Pada Separuh Akhir Piala FA JDT

Peluang Jadi Ketua Sorak B.O.S Pada Separuh Akhir Piala FA JDT

29/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) berpeluang merasai pengalaman istimewa mengetuai sorakan Boys Of Straits (B.O.S) pada perlawanan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd