• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT Nafi Dakwaan 91 Peratus Pendapatan Dari Dana Awam

oleh Mohd Arshad
09/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
JDT Nafi Dakwaan 91 Peratus Pendapatan Dari Dana Awam
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

JOHOR BAHRU – Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menafikan dakwaan di media sosial bahawa 91 peratus daripada hasil pendapatan kelab bagi tahun 2024 datang daripada sumber awam atau berkaitan kerajaan.

Ketua Pegawai Operasi dan Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards berkata, dakwaan tersebut tidak tepat, tidak berasas serta berpunca daripada salah tafsir terhadap fakta sebenar dalam akaun kewangan teraudit kelab.

Menurut beliau, walaupun laporan kewangan JDT menyenaraikan Majlis Sukan Negeri Johor serta geran atau sumbangan kerajaan, perkara itu hanyalah prosedur operasi standard bagi menyalurkan dana melalui saluran berkenaan untuk pelbagai tujuan.

“Dakwaan bahawa 91 peratus hasil kelab datang daripada sumber awam atau berkaitan kerajaan adalah tidak tepat dan merupakan salah tafsir terhadap fakta sebenar,” katanya dalam satu kenyataan.

Edwards menjelaskan bahawa di Malaysia, penajaan sukan daripada syarikat swasta lazimnya disalurkan melalui majlis sukan di peringkat kebangsaan atau negeri bagi membolehkan syarikat penaja menikmati pelepasan cukai.

Sehubungan itu, katanya, sebahagian besar daripada jumlah yang didakwa dalam isu berkenaan sebenarnya adalah sumbangan penaja swasta yang disalurkan melalui majlis sukan.

Beliau turut memaklumkan bahawa geran atau sumbangan kerajaan pula diperuntukkan khusus bagi pembangunan sukan di peringkat akar umbi, termasuk penganjuran kejohanan remaja serta program pembangunan bola sepak di semua daerah di Johor.

Dana tersebut, menurutnya, disalurkan terutamanya kepada Persatuan Bolasepak Negeri Johor dan juga persatuan bola sepak daerah untuk tujuan pembangunan.

“Tiada satu pun daripada geran ini digunakan bagi operasi bola sepak kelab seperti perbelanjaan pasukan utama, gaji kakitangan, operasi akademi atau penyelenggaraan aset kelab,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: JDT
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

JDT Penuhi Impian Rakyat Kelab Malaysia Bersaing di Pentas Antarabangsa – Akmal

JDT Penuhi Impian Rakyat Kelab Malaysia Bersaing di Pentas Antarabangsa – Akmal

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mengucapkan tahniah kepada kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim...

Tunku Mahkota Ismail Bangga JDT Dapat Perhatian Meluas Media Antarabangsa

Tunku Mahkota Ismail Bangga JDT Dapat Perhatian Meluas Media Antarabangsa

26/03/2026
0

JOHOR BAHRU – Kelab gergasi bola sepak tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) kini mendapat perhatian meluas media asing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd