• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Tempat Ibadat Atau Komuniti Sebelum 2018 Diselesaikan Secara Matang 

oleh Mohd Arshad
10/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Isu Tempat Ibadat Atau Komuniti Sebelum 2018 Diselesaikan Secara Matang 
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Isu-isu kecil berkaitan tempat ibadat atau komuniti sebelum tahun 2018 diselesaikan secara matang di peringkat pihak berkuasa tempatan bersama pengurusan rumah ibadat masing-masing.

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk C. Sivaraj berkata, pada masa itu, perkara berkenaan tidak dijadikan bahan sensasi di media sosial dan tidak dieksploitasi oleh mana-mana pihak.

“Hari ini, banyak perkara kecil diperbesarkan melalui media sosial sehingga menimbulkan kemarahan dan ketegangan dalam kalangan masyarakat.

“Sikap provokatif seperti ini boleh datang daripada mana-mana pihak dan tidak seharusnya dibiarkan berterusan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata demikian dengan merujuk kepada satu rakaman video tular membabitkan individu dikenali sebagai Tamim di platform TikTok yang didakwa sebagai provokatif.

Sehubungan itu, Sivaraj berkata, beliau menggesa Kementerian Perpaduan Negara mengambil peranan lebih aktif sebagai pengantara antara kementerian-kementerian berkaitan.

Menurut beliau, ia khususnya membabitkan Kementerian Dalam Negeri dan agensi penguatkuasaan lain bagi memastikan isu-isu sensitif dapat ditangani dengan pantas dan berkesan.

Tambahnya, beliau juga berharap perkara itu dapat dibawa kepada perhatian Perdana Menteri supaya satu penyelesaian yang tuntas dapat dicapai dengan segera.

“Malaysia adalah sebuah negara majmuk. Perpaduan bukan sekadar slogan, tetapi asas kepada kestabilan negara dan pembangunan.

“Oleh itu, semua pihak perlu bertanggungjawab memastikan keharmonian masyarakat terus terpelihara demi kepentingan negara,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info Dan Foto: FB Sivarraajh Chandran

Tags: Kuil Haram
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Lembaga Wakaf Hindu Puji PMX Mohon Maaf Kenyataan Berhubung Kuil Hindu

Lembaga Wakaf Hindu Puji PMX Mohon Maaf Kenyataan Berhubung Kuil Hindu

30/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang meminta masyarakat India menerima permohonan maaf oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

PMX Anwar Mohon Maaf Istilah ‘Kuil Haram’

PMX Anwar Mohon Maaf Istilah ‘Kuil Haram’

30/07/2026
0

SEREMBAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf kerana menggunakan istilah "kuil haram" ketika merujuk rumah ibadat yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd