• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Israel Lancar Serangan Udara Berhampiran Pos Kawalan MALBATT

oleh AK-47
14/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Israel Lancar Serangan Udara Berhampiran Pos Kawalan MALBATT
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Israel Defence Forces (IDF) melancarkan serangan udara berhampiran kedudukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 di kawasan operasi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL), selatan Lubnan awal pagi semalam.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 2.35 pagi waktu tempatan pada 13 Mac apabila satu serangan udara dilaporkan berlaku sekitar 100 hingga 200 meter dari Pos Kawalan yang menempatkan anggota MALBATT 850-13.

“Serangan tersebut dipercayai menyasarkan sebuah jambatan yang merentasi Sungai Litani. Serangan susulan dilaporkan berlaku pada pukul 3.02 pagi yang mengakibatkan kerosakan terhadap beberapa fasiliti serta penginapan anggota di kawasan Pos Kawalan tersebut.

“Ketika kejadian, seorang pegawai bersama lapan anggota lain-lain pangkat MALBATT 850-13 yang berada di Pos Kawalan telah diarahkan oleh Tactical Operations Centre (TOC) MALBATT untuk berundur sebagai langkah keselamatan,” katanya dalam satu kenyataan media.

Mohamed Khaled berkata, pasukan berkenaan kemudiannya bergerak bersama 12 anggota Angkatan Tentera Lubnan (LAF) ke lokasi selamat dan tiba dengan selamat pada pukul 4.12 pagi waktu tempatan.

Menurut beliau, tiada sebarang kecederaan dilaporkan melibatkan anggota MALBATT mahupun LAF dan semua persenjataan serta peralatan yang dibawa berada dalam keadaan selamat.

Kata beliau, pemeriksaan kesihatan dijalankan oleh pegawai perubatan bagi memastikan semua anggota terlibat berada dalam keadaan baik dan terus berada pada tahap kesiapsiagaan yang tinggi.

“Kementerian Pertahanan menegaskan bahawa keselamatan anggota Angkatan Tentera Malaysia yang melaksanakan misi pengaman di luar negara sentiasa menjadi keutamaan Kerajaan.

“Kementerian melalui Markas Angkatan Bersama akan terus memantau perkembangan situasi di kawasan operasi dengan teliti serta bekerjasama rapat dengan pihak UNIFIL dan rakan-rakan pasukan pengaman lain bagi memastikan keselamatan anggota sentiasa terpelihara,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: Lubnan
Share228Tweet142SendShare

Related Posts

Komander Batalion Israel Dilapor Terbunuh Dalam Pertempuran Di Selatan Lubnan

Komander Batalion Israel Dilapor Terbunuh Dalam Pertempuran Di Selatan Lubnan

19/06/2026
0

Oleh Mynewshub LUBNAN _ Israel (IDF) mengesahkan seorang pegawai kanan mereka terbunuh ketika operasi ketenteraan di selatan Lubnan, dalam insiden...

Anggota MALBATT Di Lubnan Selamat, Tahap Keselamatan Dipertingkat Susulan Serangan Mortar

Anggota MALBATT Di Lubnan Selamat, Tahap Keselamatan Dipertingkat Susulan Serangan Mortar

05/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan seluruh anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 yang sedang melaksanakan misi pengaman di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd