• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Iran Satu-satunya Negara Berani Hadapi Zionis – Abdul Hadi 

oleh Mohd Arshad
07/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Iran Satu-satunya Negara Berani Hadapi Zionis – Abdul Hadi 
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyifatkan Iran sebagai satu-satunya negara yang benar-benar membuat persediaan untuk menghadapi ancaman Zionis dan sekutunya.

Menurut beliau, walaupun Iran dikatakan sebagai bermazhab Syiah, negara itu berjuang mempertahankan Palestin yang majoritinya bermazhab Sunni.

Kata beliau, keadaan tersebut berbeza dengan pendirian sebahagian negara Arab dan Islam yang dilihat ragu-ragu dalam menangani isu Palestin.

“Sehingga ada yang bersekongkol dengan musuh, serta ada yang berlagak berkecuali menjadi pendamai dan ada juga yang membisu.

“Memberi kemudahan kepada Zionis dan sekutunya dengan menjadikan buminya sebagai pangkalan untuk menyerang tanah air Islam dan membunuh umatnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa sama, beliau turut menyentuh reaksi segelintir pihak yang didakwa bersorak gembira atas kematian Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei.

Menurutnya, terdapat pihak dalam kalangan Syiah yang mendakwa kematian tokoh tersebut sebagai usaha membinasakan Syiah dan mempertahankan Sunni, selain ada juga segelintir Sunni yang turut bersorak gembira.

Katanya, sikap sedemikian hanya memperlihatkan perpecahan dalam kalangan umat Islam ketika Palestin dan Iran sedang berhadapan tekanan daripada musuh.

Dalam masa sama, kata beliau, majoriti umat Islam di seluruh dunia masih memiliki semangat persaudaraan iman dan terus menyatakan sokongan kepada Palestin serta Iran yang kini menjadi sasaran serangan. – MYNEWSHUB

Tags: Abdul Hadi Awang
Share216Tweet135SendShare

Related Posts

Kami Pula Yang Dituduh Tidak Perjuangkan Agama – Akmal 

Kami Pula Yang Dituduh Tidak Perjuangkan Agama – Akmal 

14/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pelbagai usaha dilakukan UMNO sejak dulu bagi memperkukuh pendidikan berteraskan Islam di negara ini, tetapi...

Menteri Kesihatan Melawat Abdul Hadi Di IJN

Menteri Kesihatan Melawat Abdul Hadi Di IJN

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, yang menjalani prosedur rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) kini berada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd