• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ini Parti Derita, Tidak Mungkin Ini Terjadi – Sindir Akmal

oleh AK-47
dalam Utama & Sensasi
0
Ini Parti Derita, Tidak Mungkin Ini Terjadi – Sindir Akmal
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Ini parti derita, tidak mungkin ini terjadi sahabat-sahabat,” kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh.

Kenyataan sinis beliau itu merujuk kepada isu skandal ‘mafia korporat’ yang didakwa membabitkan Victor Chin dan seorang Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR)

“Saya nak cabar Victor Chin untuk dedahkan siapa MP (Ahli Parlimen) PKR tersebut secara terbuka dan saya mohon PMX (Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim) untuk ambil tindakan.

“Siasat MP PKR tersebut dan juga Victor Chin sekali atas tuduhan memberi dan juga menerima rasuah,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, ahli perniagaan yang terpalit dalam skandal ‘mafia korporat’, Victor Chin mendakwa seorang Ahli Parlimen PKR meminta beliau menyediakan wang tunai sebanyak RM10 juta bagi menyelesaikan skandal tersebut

Victor Chin bagaimanapun berkata, dirinya hanya menyediakan RM9.5 juta pada peringkat awal, manakala baki RM500,000 tidak diserahkan kerana isu berkenaan tidak diselesaikan.

“Tiada sebarang wang disalurkan kepada kumpulan ‘mafia korporat,” dakwa Victor Chin.

Victor turut dilaporkan mengeluarkan mesej kepada Ahli Parlimen terlibat supaya memulangkan RM9.5 juta sebelum 30 Mac 2026 atau identiti akan didedahkan. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Akmal Saleh

Tags: Ahli ParlimenDatuk Dr Muhamad Akmal SalehKetua Pemuda UMNOMafia KorporatParti DeritaPKRVictor Chin
Share238Tweet149SendShare

Related Posts

‘Badai Menguji Layar, Bukan Menghentikan Pelayaran’ – Dira Abu Zahar

‘Badai Menguji Layar, Bukan Menghentikan Pelayaran’ – Dira Abu Zahar

03/11/2026
0

MELAKA - Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim, Datuk Khaidirah Abu Zahar atau lebih dikenali sebagai...

Menteri Terima RM9.5 Juta ‘Mafia Korporat’ Itu Kenyataan Politik- PMX Anwar

Menteri Terima RM9.5 Juta ‘Mafia Korporat’ Itu Kenyataan Politik- PMX Anwar

20/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan dakwaan seorang menteri menerima RM9.5 juta bagi menyelesaikan isu berkaitan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd