• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

Pergaduhan Di Balai Polis Meru: Lima Lelaki Serbu Balai, Pukul Individu Buat Laporan

oleh Mohd Arshad
05/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub 

KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu masuk ke dalam balai sebelum memukul seorang lelaki yang sedang membuat laporan polis.

Kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 9.40 malam pada 2 Mac lalu selepas pihak polis menerima maklumat mengenai pergaduhan yang berlaku di hadapan balai berkenaan.

Menurut maklumat awal, tiga lelaki dikenali sebagai Navin, Ari dan Tiagu berada di sebuah restoran di kawasan Meru Court, Batu 5, Jalan Meru sebelum tercetus pertengkaran mulut dengan beberapa individu lain.

Pertelingkahan itu dipercayai berpunca daripada salah faham melibatkan ahli keluarga apabila berlaku pertengkaran antara Navin dan abangnya, Gobi.

Susulan kejadian itu, Navin bersama dua rakannya bertindak hadir ke Balai Polis Meru sekitar jam 10 malam bagi membuat laporan kerana bimbang pergaduhan tersebut berlarutan.

Namun keadaan menjadi lebih tegang apabila lima lelaki lain iaitu Gobi, Rao, Thures, Magen serta seorang lagi lelaki yang merupakan pemandu lori kepada Gobi tiba di balai dalam keadaan dipercayai mabuk.

Kesemua mereka kemudian memasuki kawasan balai dan bertindak agresif sebelum memukul Navin sehingga tercetus pergaduhan fizikal.

Ketika anggota polis cuba meleraikan pergaduhan tersebut, sebuah televisyen di dalam balai dilaporkan terjatuh dan mengalami kerosakan.

Difahamkan salah seorang suspek turut membawa senjata besi ketika insiden tersebut berlaku.

https://www.mynewshub.tv/wp-content/uploads/2026/03/VID_20260305_001252_704.mp4

Kesemua suspek kemudian melarikan diri selepas kejadian itu.

Polis telah mengesan beberapa individu termasuk Magen, Gobi dan Kalai bagi membantu siasatan.

Kes dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara dua pihak di sebuah tapak projek di Batu 5, Jalan Meru.

Pasukan operasi dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Klang Utara telah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.

Perkembangan lanjut mengenai kes ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. – MYNEWSHUB

Tags: MeruPDRMpolis
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Polis Beri Amaran Ambil Tindakan Tegas Sebar Fitnah, Provokasi Di Media Sosial

Polis Beri Amaran Ambil Tindakan Tegas Sebar Fitnah, Provokasi Di Media Sosial

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Sejak kebelakangan ini media sosial dijadikan medan interaksi untuk menyebarkan hantaran atau komen berbaur hasutan serta perdebatan...

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd