• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga RON95 Tanpa Subsidi Naik 60 Sen

oleh AK-47
11/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Harga RON95 Tanpa Subsidi Naik 60 Sen
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Harga petrol dan diesel di Semenanjung Malaysia kembali meningkat apabila kerajaan mengumumkan pelarasan harga runcit petroleum bagi tempoh 12 hingga 18 Mac 2026.

Menerusi pengumuman rasmi, harga petrol RON97 naik 60 sen kepada RM3.85 seliter, manakala RON95 tanpa subsidi turut meningkat 60 sen kepada RM3.27 seliter.

Bagi rakyat yang layak menerima subsidi melalui skim BUDI95, harga petrol RON95 bersubsidi kekal RM1.99 seliter.

Sementara itu, harga diesel di Semenanjung Malaysia mencatatkan kenaikan paling tinggi iaitu 80 sen kepada RM3.92 seliter, manakala diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.

Kerajaan dalam kenyataan berkata, pelarasan tersebut dibuat susulan peningkatan harga minyak di pasaran global yang masih tidak menentu akibat konflik geopolitik, khususnya di Timur Tengah.

Menurut kerajaan, langkah subsidi bersasar melalui inisiatif Budi Madani akan terus dilaksanakan bagi memastikan golongan yang memerlukan masih menikmati harga bahan api yang lebih rendah.

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz sebelum ini menjelaskan bahawa Malaysia bukan sekadar pengguna minyak, malah turut memperoleh manfaat apabila harga minyak dunia meningkat.

Menurut beliau, Malaysia menghasilkan kira-kira 184 juta tong minyak mentah dan kondensat pada tahun lalu, sekali gus menjadikan sektor minyak dan gas antara penyumbang besar kepada pendapatan negara.

Katanya, peningkatan harga minyak dunia bukan sahaja memberi kesan kepada kos pengangkutan dan barangan, tetapi pada masa sama turut meningkatkan hasil negara melalui industri minyak.

Jelasnya, hasil daripada sektor itu digunakan bagi membantu kerajaan menampung subsidi dan melindungi rakyat daripada tekanan harga tenaga.

“Malaysia bukan sahaja membeli minyak, kita juga menghasilkan minyak. Kekuatan itu digunakan untuk membantu mengurangkan kesan kepada rakyat,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: RON95
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Harga RON95 Kekal, RON97 Naik RM4.55 Seliter, Diesel Naik RM4.72 Seliter

Harga RON95 Kekal, RON97 Naik RM4.55 Seliter, Diesel Naik RM4.72 Seliter

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan mengumumkan harga runcit petrol RON97 meningkat kepada RM4.55 seliter berkuat kuasa 19 hingga...

Harga RON95 Malaysia Lebih Murah Berbanding Negara Lain Kata Kementerian Kewangan

Harga RON95 Malaysia Lebih Murah Berbanding Negara Lain Kata Kementerian Kewangan

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan (MOF) menegaskan harga petrol di Malaysia antara paling rendah di rantau ini apabila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd