• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga RON95 Kekal, RON97 Naik RM4.55 Seliter, Diesel Naik RM4.72 Seliter

oleh AK-47
18/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Harga RON95 Kekal, RON97 Naik RM4.55 Seliter, Diesel Naik RM4.72 Seliter
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan mengumumkan harga runcit petrol RON97 meningkat kepada RM4.55 seliter berkuat kuasa 19 hingga 25 Mac ini susulan lonjakan harga minyak mentah global melebihi AS$100 setong.

Dalam masa sama, kerajaan mengekalkan harga petrol RON95 bersubsidi pada RM1.99 seliter melalui inisiatif BUDI95 bagi melindungi isi rumah daripada tekanan kos sara hidup.

Menurut kenyataan itu, harga RON95 tanpa subsidi pula kekal pada RM3.27 seliter, manakala harga diesel di Semenanjung meningkat kepada RM4.72 seliter berbanding RM3.92 sebelum ini.

Bagi Sabah, Sarawak dan Labuan pula, harga diesel kekal pada RM2.15 seliter bagi tempoh sama.

Kementerian menjelaskan, pelarasan harga itu dibuat secara berperingkat di bawah Mekanisme Harga Automatik (APM) susulan ketidaktentuan pasaran tenaga global akibat ketegangan geopolitik di Asia Barat.

“Walaupun berlaku peningkatan harga global, kerajaan memilih untuk tidak memindahkan sepenuhnya beban kenaikan kepada rakyat

“Harga RON95 tanpa subsidi turut dikekalkan pada RM3.27 seliter bagi mengelakkan tekanan kos tambahan kepada rakyat berikutan perjalanan cuti perayaan.

“Langkah pengekalan subsidi ini adalah untuk memastikan persediaan rakyat untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri kekal lancar,” kata kenyataan itu hari ini.

Tambahnya, langkah mengekalkan harga RON95 bersubsidi dan diesel tertentu adalah bagi memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara selain mengawal impak kenaikan kos terhadap sektor pengangkutan dan barangan.

Kerajaan Madani juga menegaskan komitmen meneruskan pemberian subsidi bersasar bagi memastikan golongan yang layak terus menerima manfaat, khususnya menjelang musim perayaan Aidilfitri.

Dalam pada itu, beban subsidi bahan api yang ditanggung kerajaan dianggarkan melebihi RM3 bilion sebulan bagi menampung keperluan semasa. – MYNEWSHUB

Tags: RON95
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Harga RON95 Malaysia Lebih Murah Berbanding Negara Lain Kata Kementerian Kewangan

Harga RON95 Malaysia Lebih Murah Berbanding Negara Lain Kata Kementerian Kewangan

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan (MOF) menegaskan harga petrol di Malaysia antara paling rendah di rantau ini apabila...

Harga RON95 Tanpa Subsidi Naik 60 Sen

Harga RON95 Tanpa Subsidi Naik 60 Sen

11/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Harga petrol dan diesel di Semenanjung Malaysia kembali meningkat apabila kerajaan mengumumkan pelarasan harga runcit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd