• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Golongan 10% Disaran Belanja Berhemah, Kongsi Kereta, Guna Pengangkutan Awam

oleh AK-47
27/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Golongan 10% Disaran Belanja Berhemah, Kongsi Kereta, Guna Pengangkutan Awam
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Golongan 10 peratus pengguna petrol RON95 lebih 200 liter sebulan diseru melihat penyelarasan kuota BUDI95 sebagai satu dorongan ke arah gaya hidup yang lebih lestari.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ketika negara sedang menguruskan kesan krisis global, golongan berpendapatan dan berbelanja lebih besar itu digalakkan berbelanja dengan lebih berhemah.

“Bagi 10 peratus pengguna yang mencatatkan penggunaan lebih daripada 200 liter sebulan, saya menyeru kita semua untuk melihat penyelarasan ini sebagai satu dorongan ke arah gaya hidup yang lebih lestari.

“Susun semula perjalanan anda, kurangkan pemanduan yang tidak perlu, amalkan perkongsian kereta atau gunakan kemudahan pengangkutan awam,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Saifuddin Nasution berkata, sedikit pengorbanan daripada semua pihak akan membawa penjimatan yang besar buat kelangsungan hidup rakyat yang lebih memerlukan.

Dalam pada itu, kata beliau, Kerajaan Madani telah melakukan yang terbaik dengan menyerap kenaikan harga dunia supaya kos sara hidup rakyat tidak terjejas secara drastik.

“Kini, tiba masanya untuk kita semua memainkan peranan. Mari kita jadi masyarakat yang lebih jimat cermat dan bijak menguruskan penggunaan petrol kita. Langkah ini adalah sementara sehingga keadaan dunia kembali stabil,” katanya.

Saifuddin Nasution seterusnya menegaskan, ketika negara lain terpaksa melepaskan beban kepada rakyat, Malaysia memilih untuk melindungi rakyat.

“Kerajaan Madani bertindak sebagai payung melindungi ketika ribut melanda. Rakyat pula menjadi kekuatan memastikan payung ini terus kukuh dan memberi manfaat kepada seluruh keluarga besar Malaysia,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Saifuddin Nasution Ismail

 

Tags: berbelanjaberhemahBUDI95Datuk Seri Saifuddin Nasution IsmailGolongan 10%Kongsi KeretaMenteri Dalam NegeriPengangkutan Awam
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya memecahbelahkan rakyat kepada 'kami' dan 'mereka' iaitu golongan berpendapatan...

Timbalan Menteri Nafi Kerajaan Pertimbang Had Subsidi RON95 Dikurangkan, Dakwa Kenyataan Diambil Di Luar Konteks

Timbalan Menteri Nafi Kerajaan Pertimbang Had Subsidi RON95 Dikurangkan, Dakwa Kenyataan Diambil Di Luar Konteks

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong menafikan kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mengurangkan lagi had subsidi petrol RON95...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd