• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Firdaus Wong, Zamri Vinoth Tak Perlu Jaga Undi 

oleh Mohd Arshad
dalam Utama & Sensasi
0
Firdaus Wong, Zamri Vinoth Tak Perlu Jaga Undi 
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

Nama yang selalu disebut kebelakangan ini Firdaus Wong Wai Hung dan Zamri Vinoth. Kedua-dua mereka pendakwah bebas.

 

Ada yang mendakwa mereka berlebihan, tapi ada yang puji kerana lantang bersuara tentang perkara yang ramai cuma berani bisikkan.

 

Ada pun timbul juga tuduhan konon mereka nak cari populariti. Tapi kalau ikut fakta, kedua-duanya bukan nama baru.

 

Mereka sudah lama di pentas masing-masing dengan pengikut sendiri. Populariti murahan bukan keperluan mereka.

 

Yang lebih tepat, ini soal kesanggupan bersuara dalam isu sensitif. Bukan cuma soal agama, tapi undang-undang dan tatakelola.

 

Kalau ada pencerobohan, ia isu kedaulatan undang-undang. Kalau tak benar, penjelasan tuntas perlu diberi.

 

Sayangnya, keberanian dibalas cemuhan. Bila kita sendiri takut untuk tampil, kita cenderung meremehkan yang berani.

 

Kita nak ‘cover’, maka label mereka ekstrem, kita cop penunggang. Walhal di sudut hati kita tahu isu itu wujud dan perlu diselesaikan.

 

Kita mahu undang-undang dihormati, tapi khuatir apabila ia melibatkan sentimen agama walaupun ia hampir 100 peratus berkenaan undang-undang.

 

Isu macam ini sepatutnya merentas garis politik. Tanah yang diceroboh tetap tanah yang diceroboh, tidak kira siapa yang bina.

 

Malangnya, hampir semua isu kini dipolitikkan. Yang sokong dianggap pro parti, yang kritik dituduh alat lawan.

 

Di sinilah watak seperti Firdaus Wong dan Zamri Vinoth jadi lebih penting sebab mereka tak perlu jaga undi.

 

Kita boleh tak setuju dengan gaya mereka. Itu hak semua, tapi persoalan sebenar bukan siapa bersuara, tapi apa disuarakan.

 

Dalam negara hukum, keberanian bersuara bukan ancaman, sebaliknya tanda rakyat masih peduli dan yakin pada undang-undang.

 

Ironinya, kedua-dua mereka adalah pendakwah mualaf, tetapi lebih berani bersuara dan bertindak berbanding…. – MYNEWSHUB

Tags: Firdaus WongZamri Vinoth
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

Firdaus Wong Pelik Dakwaan Pendidikan Agama Kurang Tekankan Isu Rasuah

Firdaus Wong Pelik Dakwaan Pendidikan Agama Kurang Tekankan Isu Rasuah

07/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mempersoalkan kenyataan Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN), Prof. Tajuddin Rasdi...

Firdaus Wong Ucap Terima Kasih Kepada MB Selangor, Tetapi…

Firdaus Wong Ucap Terima Kasih Kepada MB Selangor, Tetapi…

06/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd