• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fenomena Cuaca Panas: Agong Nasihat Rakyat Ambil Langkah Berjaga-Jaga

oleh AK-47
26/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Fenomena Cuaca Panas: Agong Nasihat Rakyat Ambil Langkah Berjaga-Jaga
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, bertitah menasihatkan rakyat supaya mengambil langkah berjaga-jaga berikutan keadaan cuaca panas yang melanda negara ketika ini.

Baginda bertitah supaya rakyat menekankan kepentingan menjaga kesihatan dengan mengurangkan aktiviti luar yang terdedah kepada cuaca panas serta memastikan pengambilan air yang mencukupi.

“Kementerian Pendidikan juga perlu mengambil perhatian serius perkara ini bagi memastikan kesihatan murid serta pelajar tidak terjejas berikutan fenomena cuaca panas dijangka berlarutan sehingga awal atau pertengahan Jun depan,” titah baginda hari ini.

Seri Paduka Baginda bertitah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) turut berperanan penting dengan meningkatkan tahap kesiapsiagaan berikutan cuaca panas semasa yang berpotensi mencetuskan peningkatan kes kebakaran.

Pada masa sama, baginda bertitah orang ramai dinasihatkan supaya mengelakkan sebarang pembakaran terbuka kerana keadaan panas dan berangin boleh mempercepatkan merebaknya api.

“Warga emas serta kanak-kanak yang mengidap penyakit kronik juga dinasihatkan supaya tidak terdedah dengan cuaca panas bagi mengelakkan sebarang komplikasi,” titah Seri Paduka Baginda.

“Seri Paduka Baginda turut menzahirkan penghargaan kepada semua agensi keselamatan dan penyelamat termasuk JBPM dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta petugas kesihatan
yang sentiasa bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan sepanjang tempoh cuaca panas ini,” titah baginda. – MYNEWSHUB

Tags: berjaga-jagacuaca panasSultan IbrahimYang di-Pertuan Agong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pasukan MALBATT di Selatan Lubnan Diarah Berjaga-Jaga

Pasukan MALBATT di Selatan Lubnan Diarah Berjaga-Jaga

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa insiden letupan berlaku di kawasan operasi berhampiran Markas Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL)...

Sambut Aidilfitri Dalam Cuaca Panas 

Sambut Aidilfitri Dalam Cuaca Panas 

22/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Sambutan Aidilfitri tahun ini berlangsung dalam cuaca panas di kebanyakan kawasan dengan satu kawasan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd