Oleh Mynewshub
KUALA LUMPUR – Sambutan Aidilfitri tahun ini berlangsung dalam cuaca panas di kebanyakan kawasan dengan satu kawasan di Semenanjung kini berada pada tahap gelombang haba.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malayaia (MetMalaysia) setakat pukul 4 petang tadi, daerah Padang Terap, Kedah mencatatkan Tahap 2 (Gelombang Haba)
Suhu maksimum harian di kawasan tersebut mencecah antara 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.
Dalam masa sama, sebanyak 10 kawasan lain berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) iaitu Perlis, Kubang Pasu, Pokok Sena, Sik, Pulau Langkawi, Kuala Muda, Pendang, Baling dan Bandar Baharu di Kedah serta Timur Laut, Pulau Pinang.
Keadaan itu menunjukkan suhu maksimum harian di kawasan terbabit berada pada paras tinggi antara 35 hingga 37 darjah Celsius jug selama sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
Maklumat lanjut mengenai status cuaca panas boleh dirujuk menerusi laman rasmi MetMalaysia dari semasa ke semasa. – MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Malaysian Meteorological Department


