• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Eric Lau Pilih Islam, ‘Jalan Pulang Sentiasa Terbuka Bila Hati Sudah Bersedia’ – Hanafiah

oleh Nahar Aceh
23/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Eric Lau Pilih Islam, ‘Jalan Pulang Sentiasa Terbuka Bila Hati Sudah Bersedia’ – Hanafiah
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Satu kisah menyentuh hati dikongsikan Exco Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu, Datuk Hanafiah Mat apabila seorang lelaki berusia 33 tahun mengambil keputusan memeluk agama Islam.

 

Menurut beliau, lelaki dikenali sebagai Eric Lau itu membuat keputusan tersebut dengan penuh kerelaan selepas mendapat dorongan serta contoh baik daripada ahli keluarganya sendiri yang terlebih dahulu menerima hidayah.

 

“Dua hari sebelum menjelang Syawal, satu lagi kisah indah hidayah tercipta. Bukti bahawa jalan pulang itu sentiasa terbuka, bila hati sudah bersedia,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial hari ini.

 

Hanafiah yang juga ADUN Cukai berkata, proses melafazkan syahadah berlangsung di Pejabat ADUN Cukai dengan disaksikan ahli keluarga, Ahli Jawatankuasa Persatuan Persaudaraan Islam Negeri Terengganu (PPINT) Kemaman serta kakitangan pejabat.

 

Kata beliau, walaupun berlangsung secara sederhana, beliau menegaskan detik tersebut cukup bermakna kerana ia bukan sekadar satu lafaz, sebaliknya menjadi titik permulaan kepada kehidupan baharu sebagai seorang Muslim.

 

“Inilah realitinya, hidayah bukan soal siapa cepat atau lambat, tetapi soal siapa yang benar-benar terbuka hatinya,” ujarnya.

 

Beliau turut mendoakan agar Eric Lau terus diberikan kekuatan dan istiqamah dalam mendalami ajaran Islam serta dipermudahkan segala urusan dalam menempuh kehidupan baharunya. – MYNEWSHUB

 

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial HAJI HANAFIAH MAT

Tags: islam
Share203Tweet127SendShare

Related Posts

“Orang Melayu Islam Telah Dikhianati” – PMX Anwar

“Orang Melayu Islam Telah Dikhianati” – PMX Anwar

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak dapat hadir Sidang Khas Dewan Rakyat mengenai Laporan Suruhanjaya...

“Jika DAP Menolak Islam, DAP Pasti Diharamkan” –  Sheikh Umar

“Jika DAP Menolak Islam, DAP Pasti Diharamkan” – Sheikh Umar

08/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali mendakwa DAP adalah sebuah parti politik yang menyokong Perlembagaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd