Oleh Mynewshub
KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Zamri Vinoth menafikan dakwaan Ahli Parlimen Jelutong konon beliau menghasut dan nengugut untuk merobohkan kuil di depan Hospital Bukit Mertajam Pulau Pinang pada 7 Mac ini.
Menurutnya, program yang dirancang pada tarikh tersebut bertujuan untuk mendesak kerajaan yang membuat pendakwaan dan merobohkan kuil haram tersebut.
“Bila masa kita ini pula nak pergi roboh tambi. Punya putar alam betul-betul dasyat la.
“Wahai MP (Ahli Parlimen) yang tak faham BM (bahasa Melayu), kita nak minta kerajaan yang dakwa dan roboh. Faham tak?,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.
Semalam RSN Rayer membuat laporan polis terhadap Zamri Vinoth kerana didakwa cuba mencetuskan ketegangan kaum dan agama di Pulau Pinang.
Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang mendakwa Zamri Vinoth menghasut dan mengugut untuk merobohkan kuil Hindu di depan Hospital Bukit Mertajam Pulau Pinang pada 7 Mac ini.
Terdahulu, Zamri Vinoth berkata, isu kuil itu semata-mata berkenaan undang-undang dan hal masyarakat awam untuk mendapat akses tanpa gangguan ke hospital tersebut.
Bagaimanapun, katanya, Ahli Parlimen Jelutong dan beberapa pihak lain yang membawa hal tersebut kepada isu perkauman.
“Kot nak sembahyang pun cari la tempat yang sesuai, dah la kuil haram, tempat pun menyusahkan orang lain.
“Kau dah lah buat report palsu dan menghasut orang kata orang lain pula mengasut, padahal kau tu yang mainkan isu perkauman.
“Kita ‘very clear’ ini isu undang-undang dan hal masyarakat awam untuk dapat akses tanpa gangguan ke hospital,” katanya. – MYNEWSHUB


