• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Gesa Hentikan Konflik: ‘Laluan Minyak Dan Perkapalan Dunia Melalui Perairan Ini’

oleh Mohd Arshad
09/03/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Anwar Gesa Hentikan Konflik: ‘Laluan Minyak Dan Perkapalan Dunia Melalui Perairan Ini’
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan situasi semasa

konflik yang semakin memuncak di rantau Teluk dan Asia Barat sebagai amat membimbangkan.

Menurut beliau, beberapa negara termasuk Bahrain, Kuwait, Qatar, Saudi Arabia dan United Arab Emirates berdepan serangan berulang dan keganasan itu turut merebak ke Azerbaijan, Jordan dan Turkey.

Tambahnya, beberapa kemudahan penting termasuk fasiliti tenaga, pemasangan air serta infrastruktur yang menjadi kebergantungan jutaan penduduk turut menjadi sasaran.

“Laluan minyak dan perkapalan dunia melalui perairan ini. Sebarang gangguan di sini membawa kesan jauh melangkaui rantau berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Anwar berkata, beliau menyeru komuniti antarabangsa supaya bertindak segera dan penuh tekad bagi mengelakkan konflik berkenaan meragut lebih banyak nyawa serta menarik lebih banyak negara ke dalam kancah peperangan.

Terdahulu, Anwar menegaskan Malaysia bersedia menyokong sebarang usaha yang berwibawa ke arah rundingan bagi menghentikan konflik yang semakin memuncak di rantau Teluk dan Asia Barat.

Katanya, selaras dengan pendirian dwipartisan yang diambil Parlimen Malaysia, beliau mengalu-alukan seruan supaya semua pihak menahan diri yang muncul daripada kepimpinan tertinggi Iran.

Menurutnya, seruan tersebut perlu dipandang serius dan dihormati.

“Seruan itu wajar diambil serius dan dihormati. Akan sentiasa ada suara yang mendesak pendekatan lebih keras, namun sejarah jarang berpihak kepada mereka yang memilih eskalasi berbanding rundingan ketika pintu dialog masih terbuka,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa mengekalkan ruang dialog memerlukan keberanian sebenar daripada semua pihak yang terlibat. – MYNEWSHUB

Tags: Anwar Ibrahim
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

5 Ahli Parlimen PH Kritik PMX – “Malaysia Bukan Milik Anwar Ibrahim”

5 Ahli Parlimen PH Kritik PMX – “Malaysia Bukan Milik Anwar Ibrahim”

08/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Lima Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) hari ini secara terbuka mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd